Monday, December 10, 2012

Save Syria: Malaysia Life Line for Syria

Bilsmillah..walhamdulillah..

Assalamua'alaikum..

Pada tanggal 16 November 2012, saya sempat mengikuti sukarelawan dalam misi mengutip sumbangan untuk rakyat Syria.


 Masjid Taman Permai



Bergambar di UIAM, Gombak


Masjid di Keramat

Sunday, December 9, 2012

Cinta di Rumah Hasan Al-Banna

Bismillah..Walhamdulillah..

Hampir-hampir saja laman blog ini terkubur dek kerana saya seakan-akan kehabisan idea untuk menulis dan kesibukan dalam mencari ilmu di menara gading (moga2 keikhlasan lahir dalam hati saya dalam menuntut ilmu-ilmu tersebut..aamiin).

Namun hari ini, Allah memberi sedikit masa, ruang dan peluang untuk saya menukilkan sesuatu di laman blog ini. Baru-baru ini saya ada membaca buku yang berjudul 'Cinta di Rumah Hasan Al-Banna' tulisan Muhammad Lili Nur Aulia, buku yang amat ringkas tulisannya tetapi amat menyentuh jiwa pembacanya. Subhanallah..


 Buku ini menceritakan bagaimana akhlak Assyahid Imam Hasan Al-Banna rahimahullah terhadap keluarga beliau. Meskipun beliau amat sibuk dengan gerakan Ikhawanul Muslimin pada hayatnya namun beliau tidak pernah mengabaikan hak-hak terhadap keluarganya dan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan sebagai ketua ketua keluarga.

Antara yang saya sangat kagum dengan beliau ialah, beliau (semoga Allah memberkatinya) sangat mengambil berat terhadap urusan anak-anaknya. Anak-anak beliau lapan orang; Wafa, Ahmad Saiful Islam, Tsana, Raja', Halah, Istisyhad, (Hisayamuddin dan Shafa meninggal ketika masih kecil). Beliau menyediakan fail untuk setiap orang anaknya. Fail tersebut mengandungi butiran maklumat detail tentang anak-anaknya termasuk berapa kali ke hospital, apa sakit yang dihadapi oleh anak-anaknya, berapa kali kena makan ubat dan sebagainya. 

Beliau juga akan menghantar sendiri anak-anaknya ke sekolah. Ada masanya beliau akan meminta seorang ikhwan untuk memantau keadaan anaknya di sekolah. Jika ada sebarang masalah berkaitan dengan anaknya, dia akan terus berjumpa dengan guru mereka untuk memastikan anak-anaknya dan pelajar lain turut memperoleh apa yang patut mereka perolehi di sekolah khususnya pendidikan yang sebenarnya. 

Selain itu, apa yang saya tertarik dengan peribadi beliau ialah, cara beliau mendidik anak-anaknya. Beliau tidak sekali-kali menggunakan kekerasan malah amat lembut dengan anak-anaknya, persis akhlak Rasulullah s.a.w. Diceritakan oleh anaknya, Tsana, ketika dia berjalan di atas tanah tanpa memakai selipar padahal ayahnya sudah berpesan kepadanya supaya memakai selipar jika hendak berjalan di atas tanah. "Ayah hanya berkata, "duduklah di kerusi dan angkat kedua-dua kaki kamu". Ayah lalu memukul kaki saya dengan sebatang pembaris pendek. Setiap sebelah kaki mendapat sepuluh sebatan. Tapi terus terang saya sebenarnya ingin ketawa, kerana pukulannya begitu perlahan bahkan saya tidak merasa sakit pun.  Ayah hanya ingin membuat saya mengerti bahawa saya telah melakukan kesalahan."

Terus terang saya katakan bahawa, membaca buku ini membuatkan kita berasa anak-anaknya sangat bertuah dikurniakan ayah seperti Assyahid Imam Hasan Al-Banna. Semoga Allah memberkati keluarga beliau. aamiin..

Timbul persoalan di ruang mindaku, mampukah para suami dan para bapa pada hari ini mencontohi akhlak beliau dalam mendidik keluarga mereka? tepuk dada, tanya hati apakah tujuan perkahwinan yang dibina selama ini? untuk Allah kah atau untuk apa?.... ^_^