Assalamu'alaikum..
Pada saat di ambang tahun baru 2014 ini bakal terjadi sesuatu yang luar biasa kerana hampir seluruh rakyat Malaysia akan TURUN ke Dataran Merdeka untuk menuntut supaya kerajaan meneliti semula keputusannya berkenaan kenaikan kos sara hidup rakyat di negara ini.
BUKAN UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN..
Sesungguhkan kami rakyat Malaysia amat sayangkan negara ini..tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan ketidak amanan terhadap negara yang amat kami sayangi ini..
Dengarlah keluhan kami sebagai rakyat negara ini..
kenaikan harga petrol, tarif elektrik, cukai dan kos sara hidup yang lain membebankan kami terutama yang hidup serba kekurangan, yang bekerja sendiri (tiada gaji tetap) dan berpendapatan rendah, pemberian BR1M tidak dapat mengurangkan beban sepanjang hidup kami, pemberian RM250 kepada setiap orang yang belum berkahwin pun tidak dapat menutup segala bebanan kenaikan harga dan kos sara hidup kami yang lain..
RM250 itu hanya dapat guna untuk 25 hari saja jika perbelanjaan satu hari RM10, tetapi dengan kenaikan kos sara hidup kami memerlukan lebih banyak wang untuk perbelanjaan..Bagi mereka yang bekerja tetap dan mendapat kenaikan gaji itu tidak menjadi masalah, namun cuba bayang mereka bekerja membanting tulang di sawah, berniaga kecil-kecilan, kerja mencuci kereta dan sebagainya yang tidak mempunyai gaji tetap dan nak kena menyara hidup ahli keluarga dan anak-anak yang ramai, mereka bergantung kepada usaha seharian, bagaimana mereka nak meneruskan hidup dalam keadaan kenaikan kos sara hidup ini??
Duhai pemimpinku dan kerajaan yang kusayangi,
Janganlah kamu membutakan matamu, memekakkan telingamu..
Dengarlah keluhan dan rintihan kami..
fikirkan hasil daripada tindakan kamu ini untuk jangka masa yang lama,
apakah kesan jangka masa panjang tindakan kamu ini kepada masa depan kami, rakyat Malaysia??
Ayuuuhhh !!!
Himpunan
rakyat ini tanda protes kepada kesengsaraan rakyat terhadap kerajaan
Malaysia. Pejam mata seketika, cuba bayangkan kesengsaraan rakyat yang
berpendapatan rendah untuk mengisi kehidupan tahun 2014. Tol, petrol,
gula, bil elektrik, LRT, keperluan harian, GST pula dan banyak lagi "
Naik Dan Naik" dengan purata pendapatan rakyat malaysia RM 1000 - 2000
sebulan.