Friday, January 13, 2012

Jangan Izinkan Ku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba...

Assalamu'alaikum..w.b.t..
Amat terkesan dengan artikel daripada website iluvislam ini..
jadi diri ini mahu share artikel ini di sini..^_^
Ya Rabbana..peliharalah para mujahideen dan mujahidah Islam yang berjuang di jalan-Mu..
daripada sisa-sisa dan dosa kemaksiatan yang tercalit pada hati-hati kami..

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.



Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

- Artikel iluvislam.com

Saturday, January 7, 2012

Cerita Lucu tapi Benar..subhanallah..

Assalamu'alaikum w.b.t..

Sudah lama dah tak post entri kat blog ni..sekarang baru ada idea dan kesempatan nak menulis..hehe ^_^
Sebuah cerita nak dikongsikan..alkisahnya, diri ini ada seorang sahabat, Ana namanya (bukan nama sebenar).
Pernah tinggal sebilik waktu belajar di asasi UIA dulu. Memang orang cakap bersahabat baiklah kami berdua ni, ibarat belangkas, ke mana sahaja kami pergi mesti berdua. Sampaikan apabila salah seorang tak ada mesti sahabat lain akan tanya, "mana sorang lagi?" ish..ish..

Sahabatku Ana ni ada seorang sahabat yang selalu meluahkan perasaan kepadanya ketika ada masalah dan suka sangat berkongsi cerita. Satu hari, sahabat Ana datang dan tidur di bilik kami, malam tu memang berbual panjang dan berkongsi cerita. Mula daripada sinilah diri ini mengenali sahabat kepada Ana ni..Alhamdulillah, dapat berukhuwah kerana Allah..walaupun diri ini tak banyak cakap pun, sekadar mendengar sahaja..Ramai sahabat yang ku kenal adalah kenalan Ana.

Apabila kami masuk UIA Gombak kami dah tak tinggal sebilik dah. Diri ini dapat bilik lain dan Ana dapat bilik lain tapi masih satu asrama. Berlaku peristiwa yang agak pelik dan lucu bagi diri ini apabila ramai orang yang diri ini jumpa akan senyum dan menegur saya, "Ni Ana kan?" saya terus mengatakan, "eh, saya bukan ana dan terus menyebut nama sendiri" (dalam hati, dulu pun ada juga roommate yang tertukar diri ini dengan Ana. Walaupun satu bilik, jumpa kami berdua hari-hari pun masih boleh tersalah, apatah lagi yang baru jumpa..ni mesti kawan Ana ni..hehe)..aku hanya tersenyum.

Yang lagi menghairankan adalah bukan sekali tapi banyak kali yang cakap macam tu.."kamu berdua ni saudara ke? macam kembar..macam adik beradik.." yang paling diri ini terperanjat adalah, "kamu berdua ni macam suami isterilah..sorang kasar(tegas) macam suami dan sorang lagi pula lembut macam isteri..secocok sangat"..hah!! terkejut diri ini mendengarnya, seram pun ada juga..hehe..itulah apabila dah bersahabat, baik pula tu, mesti nampak rapat sampai orang cakap macam tu..ish..ish..

Mungkin kerana personaliti dan perwatakan kami yang ada persamaan menyebabkan kami nampak macam sama atau macam kembar..hehe..kadang-kadang mungkin sebab terpengaruh dengan cara dan gaya masing-masing. Diri ini agak cenderung atau minat yang lasak-lasak sebenarnya tapi disebabkan adik-beradik semua perempuan menyebabkan suasana mendidik menjadikan diri ini lembut (nampak lembut tapi suka yg lasak..suka martial arts)..berbeza dengan sahabatku Ana, dirinya lembut suka akan kelembutan dan kesopanan tetapi kerana adik-beradiknya semua lelaki menyebabkan dia agak ter'influent' dengan didikan dan suasana dalam keluarganya menyebabkan dia agak tegas sedikit..wallahua'lam..



Namun apapun, diri ini amat bersyukur dikurniakan sahabat sepertinya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..moga kami dapat terus bersahabat kerana-MU.. :)

Thursday, January 5, 2012

Bila ditanya tentang perkahwinan..

Assalamu'alaikum w.b.t..
 
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum: 21)


Apabila ada soalan yang diajukan kepadaku tentang perkahwinan atau status perkahwinan, lidahku tiba-tiba jadi kelu, hati dan akal jadi terfikir..eh, dah sesuai ditanya soalan ini padaku??
"Apakah status perkahwinan anti/ukhti/anda/awak?" ....unmarried yet (pelajar sepenuh masa)
"Dah berpunya yea? bila nak makan nasi minyak ni?" ....kepunyaan Allah, insyaALLAH kalau ada jodoh yang Allah dah tentukan, sampailah masanya, walau siapapun ia
"Ni pakai cincin ni, dah ada orang cop/tanda ke? jangan lupa ajak saya bila nak kawin nanti yea"....pakai cincin banyak sebabnya, terpulang pada niatnyalah..janji jangan salah sangka dan sebarkan fitnah (tanyalah pd empunya diri) 

rupa-rupanya soalan inilah sering menghantui muda mudi remaja remaji kita sekarang ni..hmm..yang belum terlintas dan terfikir pun nak ada pasangan hidup, jadi terfikir..jadi nak ada pasangan juga, akhirnya pelajaran entah ke mana..cita-cita entah ke mana..

KENAPA KITA MAHU 'MENDIRIKAN MASJID' ATAU BERKAHWIN?
Kita dah betul-betul sedia ke nak berkahwin? Diri sendiri pun masing terumbang ambing, adakah kita yakin kita boleh bawa pasangan kita menuju bahagia dalam alam rumah tangga..Ingat wahai teman, kita mungkin rasa "Bahagianya sebuah perkahwinan, apabila kita lihat rupa bayi yang baru lahir, rupa dan perasaan bahagia ibu bapa yang menyambut kelahiran bayi mereka..keadaan pasangan yang baru berkahwin berjalan berpegangan tangan, adegan suap menyuap ketika makan dan sebagainya".."bahagianya punya pasangan hidup, ada orang yang sediakan sarapan, makanan, ada orang yang sediakan pakaian, ada teman untuk berkongsi suka dan duka"..TETAPI adakah hanya itu sahaja yang wujud dalam sebuah perkahwinan?
Banyak lagi yang mungkin tak terlintas dalam fikiran kita. Perkahwinan juga adalah mengikat atau menyambung silaturrahim antara dua buah keluarga. Jika kita nak berkahwin terlebih dahulu kita kena kenal keluarganya. Mungkin ada yang berkata, "aku nak kawin dengan anaknya bukan dengan mak atau ayahnya.", tetapi tahukah kita, jika anak perempuan yang kita ingin jadikan isteri, ibu bapanya telah menyerahkan AMANAHnya pada kita, kita masih terikat dengan tanggungjawab itu dan tak semudah 'ambil dan pergi' jika ingin mengambil amanah itu daripada ibu bapanya. Begitu juga dengan perempuan yang ingin menjadikan seseorang lelaki sebagai suaminya. Ikatlah tali persaudaraan dengan tali perkahwinan. Keluargamu keluargaku jua dan keluargaku keluargamu jua. Part ni la yang susah, sebab selalunya mesti ada yang terasa dengan keluarga masing-masing. Tasamuh atau bertoleransi itu penting. Fahamilah pasangan masing-masing.

Perkahwinan juga adalah perkongsian hidup antara dua individu. Bukan senang untuk berkongsi kehidupan kita dengan orang lain. Ditambah pula orang itu adalah yang berlainan jantina dengan kita. Tidur kena berkongsi katil dengan suami/isteri kita, kena berkongsi segala-galanya, almari, pinggan mangkuk dll. Lagi bertambah sukar bagi yang tak biasa berkongsi barang dengan orang lain sama ada adik beradik mahupun teman sebilik di asrama. Berkongsi suka dan duka, masalah dengan pasangan akan meringankan bebanan dan tekanan masing-masing. Hanya suami akan memahami siapa isterinya dan hanya isteri yang memahami siapa suaminya. Inilah rahmat Allah s.w.t ke atas hambanya.  Selain daripada itu, banyak lagilah sebab mengapa kita mahu berkahwin yang mana kita semua dah tahu. Contohnya, sebagai penyambung generasi dan umat Nabi Muhammad s.a.w, kerana keluasan rezeki dan rahmat Allah dan sebagainya.


JADI, BETULKAH KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK PUNYA PASANGAN HIDUP?? ^_^ wallahua'lam..

Tuesday, November 8, 2011

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7)
Kebiasaannya, bila kita di kurniakannikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan?
Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya.
Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang ingin bersyukur?
Tepuk dada, tanya Iman.
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian.
Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (QS al-Baqarah : 177)
Saya pasti kalian pernah mendengar kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow"
Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.
Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.
Ya Allah, jadikanlah diri ini hamba-Mu yang bersyukur..amiin

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, October 26, 2011

Buat Mujahidku...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang daku memulakan coretan daripada lubuk hatiku ini…
terimalah coretan ini dengan hati yang terbuka daripada bakal isterimu ini…

daku coretkan khas buatmu….

Wahai bakal mujahidku yang telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat…. Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu… itulah yang sering ku dengar bila berbicarakan tentang cinta adam dan hawa…
Wahai bakal suamiku, Aku sedang menantimu, Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah, Seorang rijal yang mencintai melebihi segala-galanya kpd Sang Khaliq Seorang mujahid yang mengharapkan darahnya tertumpah sbgai darah syahid… Seorang hambaNya yang sentiasa zikrullah.

Wahai bakal mujahidku, AKu tahu kau seorang yang tegas dan berani,
Kau tidak akan pernah takut untuk berkata benar,
Kau juga tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai dirimu Kau juga akan sentiasa tidak putus-putus untuk mengajakku berjuang berjihad fisabillillah…

Wahai bakal imamku, Ku harapkan kau akan selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
Dengan zikir-zikir munajat,

Kau yg selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..Subhanallah…….
Dengan zikir-zikir munajat…Allhamdulilllah…..
Dengan surah-surah rindu yang dihafazmu….

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Kau menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Kau menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Kau memang sentiasa kelihatan penat
Matamu penat kerana membaca
Suaramu lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badanmu letih kerana bermunajat di malam hari

Kau sentiasa mengingati mati
Bagimu,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Kau sentiasa menjaga matamu dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Kau sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Kau seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapamu
Kau juga sentiasa berbakti untuk keluargamu

Kau sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Bagimu, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imanmu yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Kau sentiasa menjaga solamu kerana itulah maruah dirimu
Kau sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Kau tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Kau sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Kau juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungmu
Kekasih sejatimu dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Kau selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Kau ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Kau ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai Kau kerana agamamu dan kerana cintamu kepada Maha Pencipta
Andai kau hilangkan cintaNya, maka hilanglah cintaku padamu
Cintamu terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilihmu

Siapakah kau..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah kau jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga kau tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan kau
Kerana..
Kau pilihan ku..
 Wahai bakal mujahidku…
Mujahidahmu ini tidak kisah walau bagaimanapun keadaan fizikalmu… cume, mujahidahmu d sini sangat kisah tentang keaadaan imanmu…. Aku amat berharap… kau adalah salah seorang yang akan menyambung perjuangan nabi ,kita…muhammad s.a.w…kerna….impianku…. Adalah untuk menjadi sayap kiri dalam perjuangan jihadmu... Aku juga harapkan darahku ini akan tertumpah sebagai darah syahid… mujahidahmu disini memerlukanmu untuk merealisasikan impianku ini….pintaku.. Janganlah kau biarkan impianku ini hanya impian dan angan-angan yang kosong sahaja…. Kau teruskanlaH memimpin tanganku…. Papahlah aku…. Bantulah aku….. Persiapkanlah aku dengan ilmu yang melimpah-limpah agar semua itu dapat aku jadikan perisai untuk melindungimu,membantu dan menjadi sayap kirimu yang paling utuh sekali hanya untukmu wahai mujahidku demi memperjuangkan agama Kekasih kite yg Hakiki…

Wahai bakal mujahidku…. Aku tidak tahu…dimanakah kau sekarang… bagaimana keadaanmu…. Bagaimana rupamu… bagaimana akhlakmu… bagaimana kehidupanmu sebagai seorang muslimin….???? Aku tidak tahu…semua itu adalah rahsia Sang Khaliq…hanya Dia sahaja yang tahu… tapi, aku yakin akan ape yang Rabbi kite janjikan untuk hambaNya yang bertaqwa… sesungguhnya, muslimin yang soleh itu untuk muslimat yang solehah… jadi, aku pegang kepada kata-kata itu untuk terus setia menantimu… aku akan persiapkan diriku sesempurna yang mungkin untuk bertemu denganmu hanya pada saat kau lafazkan ijab dan kabul untuk memartabatkan aku kepada dunia bahawa akulah serikandi serta permaisuri dalam hidupmu…. Tidak sabar juga rasanya untuk menantikan saat itu…

Wahai bakal mujahidku…. Mujahidahmu ini amat berharap agar kau tidak akan merasa putus asa dan jemu untuk terus memperbaiki dirimu agar menjadi rais ataupun amir yang sangat tegas dan teguh imannya untuk aulad2 kite nanti… kau persiapkanlah segala bekalan untuk hadapi sebarang kemungkinan nanti… sesungguhnya, tidakkah kau mahu melihat zauj dan zaujah kite memperjuangkan agame kite supaya tidak ditindas lagi…?? Ku pasti…itu jugalah harapanmu… jadi…seeloknya, kau lengkapkanlah dirimu dgn ALLAH dahulu, barulah dgn manusia..agar msjd yg bakal kte bina kelak, benar-benar kdngaran azannya, dan akan hadirlah ma'mum-ma’mum yg soleh, solehah, lagi brtaqwa, berbaris dibelakangmu….yg mana kau muslimin sebagai imamnya..tiada ungkapan cinta terindah, melainkan cinta pdNYA yg Maha Esa, oleh i2, carilh cinta, yg dpt mndktkn drimu, pd cinta ALLAH, bkn menjauhkan..

Sesungguhnya wahai mujahidku… aku tahu.. tiada hiasn terindah utk dirimu, melainkan seorang zaujah yg solehah, lagi brtaqwa, yg brsme-same denganmu, dlm prjuangn ni, suka, mahupun duka..
tapi, walaupun sukar…aku disini akan tetap cuba sebaik yang mungkin untuk jadi yang terbaik sebagai serikandi dalam perjuanganmu yg paling setia dan hebat sekali dalam membantumu melaksanakan misi jihad kite……
Wahai bakal mujahidku sesungguhnya… aku tidak hanya akan mendoakan kau hidup kerana ALLAH…
tapi, aku juga akan mendoakan matimu kerana ALLAH…., kerana.., ku tahu…tiada yg terindah mnjadi muslim, kcuali, dpt mati dlm Islam, dlm hti yg pnuh ketaqwaan pd ALLAH s.w.t..

wahai bakal mujahidku… ketahuilah… aku di sini sedang menantikan kau seorang rijal yang mana… halal cnte kte, padamu… halal dating kte, denganmu… n halal jke prjuangn ini, kte brpimpinan tgn dgnmu...smoga kau brsme-sme denganku dlm prjuangn ini…aku disini ingin menjadi pendampingmu yang paling setia…

wahai bakal mujahidku…
sebenarnya, kau tahu kan…tiada stilah 'dating' dlm Islam, smua i2 ungkpn dr kuffar la'natullah… kte ummat Islam, hnya bleh brsme org yg halal bgi kte… sesungguhnya Islam dh tetapkn garis pnduan dlm prgauln mslmn n mslmt, utk kte ikut, jke kte mngaku kte sorg mslm…

wahai bakal mujahidku…
Islam,jgn hnya pd nme,tp,gaya hdup....
ku harapkan…kau teruskanlah melakukan perubahan islah dalam dirimu…teruskanlah langkahmu merantau segenap dunia untuk mengukuhkan iman dan ilmumu… agar kau dapat dijadikan contoh yang terbaik dan terdekat untuk aulad2 kite nanti… biar kalimah syahadah,benar-benar mengalir dlm dirimu…,biar setiap titis cinta dan darah kita,hnya utk ilahi…,dan hnya akn brcinta kte dgn mnusia…,jika dgn cintanya,kte dpt mnuju cnta ALLAH..

ketahuilah wahai bakal mujahidku….
Perjuangn..sbgai sorg muslim sjati,xkn brakhir prjuangnmu,selagi dua telapak kakimu,tidak menjejaki pintu syurga...
ingat lah,innalillahi wa inna ilaihi rajiu'un..jgn skdr ucapkn saja,fhami btul2 ucapn 2,"dari ALLAH kita datang,kpd ALLAH kita kmbali",bkn skdr ucapn,tp,peringatn buatmu wahai bakal mujahidku...

Wahai bakal mujahidku...setiap hari antara doa yang tidak lupa utk ku panjatkan kpd Ya Rabbi adalah doa untukmu…. “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama denganmu mujahidku… menemanimu dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??

Ya Allah…mujahidahmu ini lupa lg… sesungguhnya seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuanganmu tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hatimu telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuanganmu.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, kau menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatimu? Walaupun setelah aku curahkan selautan sayang.. aku legakn penat lelah perjuanganmu dengan gurauan manja.. aku cukupkan makan pakaimu….kau masih tidak boleh leka dr perjuanganmu!!

isteri dan anak-anak

Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakanmu dari perjuanganmu yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab kau leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati kau yg telah sarat dgn cinta kau kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala kau perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn kau pergi sedangkn hati ini tahu kau yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

adakah aku sehebat Sumayyah keluarga Yassir??

Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn kau tatkala kau terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi kau dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk aku memiliki kau, kerana aku sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

banyakkan bersabar wahai diri...
wahai bakal mujahidku…
Hatimu…. janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahidah, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hatimu… janganlah kau lekakan hatimu dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu kau raih.... Hatimu…, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan kau tahu, hatimu tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hatimu… bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

Wahai bakal mujahidku… hayatilah kata2 terakhir dariku ini khas untukmu wahai bakal mujahidku…….

Dulu
aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.
Dan pada saat kekecewaan itu,

Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.

Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.
Kekasihku Allah..

Wahai mujahidku…. Pintaku yang terakhir darimu…..Kau tuntulah ilmu sebanyak yang mungkin…. Agar, nanti….aku bisa merasakan ketenangan dalam pelukan tarbiyyahmu…. Amalkanlah ilmumu…. Agar… aku dapat menjalani kehidupan tanpa terpesong dri jalanNya hasil bimbingn dri padamu….

Wahai bakal mujahidku…ketahuilah….ku harapkan akulah orang pertama kau meluahkan cinta dan kasih sayang… kerna..aku di sini masih setia menantimu… aku masih pelihara hati ini daripada dicerobohi oleh mana2 rijal pun…kerna, ku tahu…. Hati ini hanya kau sahaja yang layak untuk mengisi ruang cintaku kepada cintaanNya…wahai mujahidku… ku akui…aku akan kecewa seandainya sebelumku, sudah ada yang telah mendengar n mendapat ungkapan kasih n cintamu…sudah ada yang menyentuhmu… sudah ada yang mengetahui rahsia zahir dan batinmu….sesungguhnya, semua itu adalah hak aku untuk mengetahuinya setelah aku sah menjadi hak milikmu… bersabarlah n kawallah nafsu cinte remajamu yang ku pasti..kini smkin hebat bergelora-lora yg minta di puaskan dalam dirimu… tpi, ketahuilah wahai bakal mujahidku…walaupun prasaan cinta dan ingin dicintai itu lumrah dalam kehidupan insan seprti kita… tidak bermaksud kite perlu memenuhi kehendak nafsu itu sebelum tibe mse yg sesuai nanti…kerna, tiada 1 pahala pun yg akan kau dapat melainkan dipenuhi dengan dosa dan noda2 hitam dalam hatimu…. Cinta yang lumrah itu tidak perlu kau hapuskan… tpi, kau wajib mengawalnya… begitu juga denganku… percayalah…seandainya kite berdua terus istiqamah dalam menjaga hati kite… ku pasti…kemanisan yang paling hebat dalam percintaan yang tidak akan kau dapat selain daripada sehangat kasih dan cintaku sebagai isterimu… yakinlah wahai bakal mujahidku… mungkin kite akan mendapat kemanisan sebagaimana manisnya kehidupan percintaan Rasulullah dengan Siti Aishah… ataupun, seperti kehidupan Qani’ah dengan Dr Muslih dalam karya Fatimah Syarha bertajuk pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul…

Wahai bakal Rijalku…
Walaupun ramai yang hadir dalam hidupku… yang berserban…xkurang juga yang berjubah…. Memang tergugat imanku… namun… ku yakin n percaya bahawa kau lebih terbaik untuk menjadi mujahidku… wahai mujahidku… usahlah kau risau ya..aku di sini setia menantimu… harapanku, agar kau tidak mensia-siakan penantian n pengorbananku ini kepadamu… kuharapkan…agar kau janganlah mencari mujahidah lain selain daripadaku untuk mendapatkan kasih sayang, belaian manja, kata-kata cinta, sentuhan yang dapat menghilangkan keresahanmu dan seumpamanya… bersabarlah wahai bakal mujahidku… saat itu akan tiba tidak lama lagi… akan ku sediakan surprise yang paling special skali hanya untukmu wahai mujahidku…

Saturday, October 15, 2011

Bekalan ini..


Assalamu'alaikum..
Terbaca dalam sebuah majalah, jadi ingin kongsikannya di sini..
Tarbiah adalah tunjang kekuatan jamaah. Di antara unsur yang menjadi landasan tegaknya tarbiah rabbaniyyah di kalangan al-Ikhwan al-Muslimun adalah ibadah kepada Allah SWT yang merupakan tujuan terbesar dari penciptaan manusia.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi (2005), di antara unsur-unsur dasar ibadah yang ditekankan dalam tarbiah al-Ikhwan al-Muslimun adalah:
1.    1.  Berpegang teguh dengan sunnah dan menjauhi bid’ah kerana semua bentuk bid’ah adalah sesat. Berkaitan hal, ini seorang akh yang terhormat Sayyid Sabiq menulis karyanya yang cukup terkenal iaitu Fiqh Sunnah yang disambut baik oleh Hasan al-Banna sehingga beliau berkenan memberi pengantar dan memujinya. Sebelum dicetak luas, beberapa bahagian dari buku tersebut diterbitkan dalam majalah mingguan al-Ikhwan. Kitab Fiqh Sunnah disusun berdasarkan dalil-dalil syar’ie dan dapat dianggap sebagai mewakili orientasi fikah al-Ikhwan al-Muslimin.
2.      2.  Menjaga perkara-perkara yang fardhu. Hal ini kerana Allah tidak menerima amalan sunnah sebelum memenuhi amalan fardhu. Dalam sebuah hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dinyatakan:
“Seorang hamba-Ku tidak melakukan qurbah (pendekatan) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai dari melakukan apa yang telah Ku wajibkan kepadanya.”
Kerana itu, tidak boleh sama sekali meremehkan dan menganggap ringan meninggalkan suatu kewajiban(fardhu).
3.      3.  Menganjurkan solat berjamaah. Hukum solat jamaah berkisar antara fardhu ain, fardhu kifayah atau sunnah mu’akkadah sesuai dengan perbezaan pendapat antara beberapa mazhab. Untuk itu, ketika sebahagian anggota ikhwan dimasukkan ke dalam Penjara Tur, mereka segera menjadikan behagian-bahagian penjara yang terpisah itu sebagai masjid untuk melakukan solat berjamaah dan Solat Jumaat. Saya masih teringat dengan suara Syeikh Muhammad al-Ghazali yang mengimami kami dalam setiap solat pada waktu itu. Ia selalu berdoa Qunut di setiap rakaat terakhir dengan mengucapkan:”Ya Allah, bukakanlah belenggu tahanan kami dengan kekuatan-Mu, himpunkanlah perpecahan kami dengan rahmat-Mu, selesaikanlah urusan kami  dengan perhatian-Mu. Ya Allah, tutupkanlah aurat dan aib kami, berikanlah ketenangan  atas rasa takut kami…”
4.      4. Menganjurkan pelaksanaan sunnah. Dalam kelanjutan hadis qudsi di atas dinyatakan:
“Dan hamba-ku terus melakukan qurbah(pendekatan) kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunnah sehingga Aku menyukainya…”
Betapa banyak orang yang tumbuh di bawah naungan tarbiah Ikhwan yang tekun menjalankan puasa dan solat malam:
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap.” (Surah as-Sajdah)

Menyucikan dan mensucikan hati yang kotor, penuh dengan kesilapan dan dosa..diri yang taksempurna..hanya Allah yang Maha Sempurna..
Allahu yusahhil..Moga Allah permudahkan buat kita semua..amiin


Thursday, October 6, 2011

kek coklat :)

Assalamu'alaikum..w.b.t

Seperti biasa, setiap kali cuti mesti buat kek coklat..tak tahu kenapa tapi diri ini suka sangat buat kek ni, tapi tak suka makan kek sangat..percubaan yang kali ni, buat masa Ramadhan yang lepas..Alhamdulillah berhasil..
 
 kek coklat Ramadhan 1432H

seronok sebenarnya apabila dapat buat kek atau masak something lepas tu bagi kat jiran-jiran, tambahan lagi di bulan puasa, bulan Ramadhan yang mulia..di samping dapat pahala, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara jiran dan sanak saudara...wallahua'lam..

Ni sebenarnya kek yang kedua, kakakku buat, kek yang sama macam kat atas tapi kurang tepung kot menyebabkan kek tu hancur, jadi kami kepal-kepalkan, so jadilah kek coklat bebola..hehe..comel juga :)