Friday, May 28, 2010

Tazkirah

Bertemu lagi di alam maya...

jom kita renungi ayat al-quran drp surah al-baqarah ayat 1-5,
boleh buka tafsir al-Quran untuk melihat terjemahan dan tafsir ayat-ayat ini...

dan antara intisari ayat tersebut ialah:-

Setiap orang Islam hendaklah yakin dan berpegang teguh pada ajaran yang terkandung dalam kitab suci al-Quran. Orang yang patuh pada segala ajaran yang terdapat dalam Al-Quran akan memperoleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Di samping itu, mereka hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah. Ciri-ciri orang yang bertaqwa ialah beriman kepada Tuhannya, beriman kepada perkara ghaib, kitab-kitab Allah, hari kiamat, menunaikan solat lima waktu, dan membelanjakan harta pada jalan kebajikan..

AL-QURAN...
*sebagai pegangan setiap orang Islam, maka yakinlah...
*sebagai pembimbing dan panduan bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, maka yakinlah...
*mengandungi segenap ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan hidup manusia, maka percayalah dan selamilah...
*sebagai panduan hidup dijamin memperoleh kejayaan dan kebahagian hidup sama ada di dunia mahupun akhirat, maka carilah dan ikutilah...
*merupakan petunjuk dan hidayah kepada golongan yang bertaqwa, maka moga kita adalah daripada kalangan mereka yang bertaqwa...
*juga sebagai petunjuk bagi orang bukan Islam, hingga mereka menjadi muslim dan mukmin yang taat...
*dan sudah tentulah sebagai sumber kejayaan bagi orang mukmin, maka percayalah dengan yakin..

jadi mengapa masih ada yang mengingkari kebenaran Al-Quran sedangkan bukti dan kebenaran tentangnya telah jelas kelihatan hatta setelah mengetahui hikmahnya...

kaburkah mata dalam melihat kebenarannya?? tulikah telinga dalam mendengar kebenarannya?? bisukah mulut dalam menyampaikan kebenarannya??
ATAU keraskah hati untuk mempercayainya dengan yakin??

sama-sama kita muhasabah diri kita kembali...

Ya ALLAHu Ya Ghafur, ampuni kami kerana selalu alpa..janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi hidayah-Mu kepada kami..tunjukilah kami kepada jalan yang benar yakni jalan mendapat keredhaan dan Syurga-Mu, dengan taat akan suruhan-Mu serta meninggalkan larangan-Mu..amiin..

No comments:

Post a Comment