Thursday, October 28, 2010
Persiapan Diri untuk Peperiksaan Akhir semester
Salam Mujahadah buat para mujahid dan mujahidah pemburu ilmu...
pejam celik pejam celik dah nak habis satu semester diri ini meneruskan pengajianku di Uia, Gombak setelah tamat pengajian di matrik..
mahu bergelar seorang mahasiswi itu mudah tapi mahu menggalas tanggungjawab itu yang harus diri ini fikirkan, yang mana bukan semudah belajar ABC kat sekolah rendah dulu..
tapi pelbagai persoalan yang harus ku fikir dalam memanfaatkan secebis ilmu kurniaan Ilahi ini..bagaimana harusku aplikasikan dalam kehidupan andai ku gagal dalam menggapai ilmu tersebut sekarangnya..
banyak yang harus diri ini belajar... "man yuridillahu khair yufahqihu fiddin" (sesiapa yang Allah menginginkan kebaikan padanya, Allah akan memahamkan tentang agama)..moga Allah sentiasa memberikan ilmu yang bermanfaat buat diri ini..
final exam kian menghampiri..denyut jantung makin kencang..badan menjadi gugup dan kadang-kadang menjadi seram sejuk..apakah petandanya ini???adakah sudah cukup persiapan diri ini untuk 'berperang' di medan 'pertempuran'???
PERSIAPAN DIRI:-
1) bersihkan hati dengan sentiasa mentajdidkan niat (belajar lillahi ta'ala)
2) jaga ibadah harian dan istiqamah
3) bajet betul2 masa untuk study dan rancang sebaiknya
4) sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH dan juga makhluk sekeliling..
5) jauhi perkara yang boleh me'lagho'kan dan perkara sia-sia..
6) yang penting selalu contant umi dan abah supaya doakan kejayaan dan minta restu mereka
selalu...
7) serta jaga perkara-perkara yang bersangkut paut dengan keberkatan dan keredhaan ALLAH
ta'ala..
watawakkal 'alallah setiap kali berusaha..
nak ikhlaskan hati dalam menuntut ilmu amat-amat memerlukan mujahadah serta kesabaran yang kuat!!! YOU CAN DO IT YUSRA!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment