Saturday, January 8, 2011

Sahabat

salam persahabatan buat penghuni alam maya..
moga sentiasa di bawah limpahan rahmat Allah dengan nikmat Islam dan Iman yang mana merupakan nikmat yang terbesar buat hamba-Nya yang bernama INSAN..

Baru selesai berbual melalui telefon dengan sahabat baikku, Siti Nor Aishah, satu sekolah waktu tingkatan peralihan hinggalah ke tingkatan tiga di SMU (A) Azhariah. Rindu betul pada kenangan lama waktu sekolah dulu. Namun, kemudian diri ini berpindah ke sekolah MMP meninggalkan sekolah yang banyak meninggalkan kenangan dan memori yang indah dalam diri ini dan tak mungkin diri ini dapat melupakannya. 

Kenangan waktu mula-mula berkenalan dan menghulur tangan salam perkenalan dengan sahabat-sahabat
tiba-tiba singgah di mindaku mengisi kekosongan. Minda yang dirasa kosong mungkin kerana kurang pengisian thaqafah dan asyik duk berangan je..hehe..atau mungkin kerana kerinduan yang amat sangat pada mu wahai sahabat-sahabatku fi sabilillah yang pernah hadir dan mewarnai kehidupanku.

firman Allah yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)". (surah Al-Hujurat:13)

Sahabat tempat berkongsi suka duka selepas ahli keluarga..
Sahabat tempat meminta bantuan andai diri tak berupaya..
Sahabat juga sebagai pembakar semangat andai diri terasa lemah..

Sahabat hadir selepas menjalani proses perkenalan.
"Assalamu'alikum..ada orang kat sebelah?". "Wa'alaikumussalam w.b.t..xde2, duduklah..sape nama awak? Saya Fatimah." "oo..terima kasih, saya Athirah. Awak asal mane?"....seterusnya panjanglah berlangsung perbualan sehingga terjalinnya sebuah PERSAHABATAN..

Sucinya sebuah persahabatan andai dibajai dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
"Kenapa awak nak kawan dengan saya?" "Awak baik. Bila saya jumpa awak mengingatkan saya pada Allah. Kita bersabahat dan berukhuwah kerana Allah, ukhuwah fillah abadan"..sama-sama nasihat menasihati, jika salah tegur menegur..jangan simpan dendam dan rasa tak puas hati dalam diri..

Namun hakikatnya, sungguh payah untuk memperolehi sahabat sejati kerana ragam manusia adalah berbeza-beza dan sukar untuk mencari sahabat yang benar secocok dengan kita. Namun andai hati kita ikhlas dan betul-betul ingin bersahabat kerana Allah s.w.t, pastinya SAHABAT itu hadir dan datang sendiri kepada kita tanpa dipinta..subhanallah..

apa yang diri ini kongsi adalah tentang persahabatan sejantina..salam ukhuwah fillah=)



No comments:

Post a Comment