Thursday, June 3, 2010
KEMATIAN..
Kematian itu sendiri tidak menakutkan, sebagaimana yang kelihatan kepada kita pada zahirnya. Dalam banyak risalah dan juga melalui qur’an, diterangkan dengan bukti yang jelas tanpa meninggalkan sebarang keraguan dan kekeliruan.
Kematian bagi seorang mukmin bererti berakhirnya bebanan daripada tugas kehidupan dan kesulitan. Ia juga adalah pembebasan daripada ubudiyyah yang merupakan proses pembelajaran dan latihan di medan dunia yang dipenuhi dengan bala bencana…
Kematian juga adalah pintu bagi menemui sembilan puluh sembilan kekasih dan teman rapat yang pergi terlebih dahulu ke alam akhirat…
Kematian juga adalah cara bagi memasuki halaman tanah air yang hakiki serta tempat tinggal abadi dalam memperoleh kebahagiaan yang kekal…
Kematian juga adalah seruan kepada kita supaya berpindah daripada penjara dunia kepada taman-taman dan kebun-kebun syurga…
Kematian juga adalah peluang yang baik bagi menerima balasan daripada perkhidmatan yang dilaksanakan, balasan yang dikurniakan dengan penuh kemurahan daripada khazanah kelebihan dan kebaikan Tuhan yang Maha Mencipta lagi Maha Mengasihani…
Oleh yang demikian, keadaan kematian daripada sudut hakikat tidak sepatutnya dilihat sebagai sesuatu yang menakutkan. Malah wajib kita menganggapnya sebagai berita gembira bagi memperoleh rahmat dan kebahagiaan.
Ketakutan sesetengah wali-wali Tuhan bukannya pada kematian yang dahsyat itu, tetapi ia adalah kerana mereka masih mahu memperoleh dan membuat lebih banyak kebaikan dan kebajikan. Di samping itu, dengan melanjutkan tempoh masa, mereka boleh meneruskan tugas kehidupan.
Sememangnya kematian bagi ahli keimanan adalah pintu rahmat tetapi bagi ahli kesesatan, ia adalah perigi gelap yang abadi.
-dipetik drp 25 rawatan untuk pesakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment