Saturday, June 26, 2010

Masa..muhasabahlah!!

Masa tak pernah menunggu kita, bahkan kita yang selalu meninggalkannya...
sering kali kita lupa tentangnya, sehinggakan kita tak rasa kehilangannya..
apatah lagi nak merasai betapa pentingnya masa ni!!!

masa..masa..

Andai kata kita tahu kepentingannya, pastinya kita takkan biarkan diri kita hari ini sama seperti kelmarin, atau diri kita esok sama dengan hari ini..BETUL TAK sahabat2???

Sabda Rasulullah s.a.w. antara maksudnya, seorang muslim yang baik adalah apabila hari ini lebih baik daripada semalam.

adakah kita seperti apa yang disabdakan oleh baginda???

ingatlah bahawa, Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri..

Jadi, jom kita pejamkan mata kita sebentar dan cuba muhasabah dan ingat balik sudah berapa banyak HIDAYAH dan PETUNJUK Allah hadir dan menyapa diri kita, namun apa tindakan kita???

Berdoalah pada Allah supaya kita sentiasa dapat memperbaiki diri ke arah lebih baik melalui HIDAYAH-NYA, jangan sampai Allah menarik balik petunjuk-NYA ke atas kita disebabkan keegoan dan kesombongan kita tanpa kita sedari...

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment