Alhamdulillah..syukur sangat sebab Allah memberi peluang pada diri ini untuk mendengar khutbah jumaat di masjid..hampir empat hari diri ini tak keluar dari mahallah selepas exam subjek introduction to political science hari Isnin yang lepas..dan hari ini (12/11/10) baru diri keluar ke iium library atau baitul hikmah nama famousnya...best sangat...;)
Keluar dengan roomate Izzah (angah) dan seorang lagi sahabatku Syuhada (alang), berjalan dengan cepat (sebab alang ada janji temu) dalam keadaan hujan membuatkanku terasa seperti kekalutan nak ke kelas sebab lewat bersiap, punyalah rushing jalan..he3...biasalah budak universiti la katakan..hu3 (tabiat yang tak elok, so jangan tiru tau)
Diri ini tak pernah study kat masjid waktu dekat-dekat nak solat Jumaat macam hari ni dan itulah the first time and last diri ini study kat masjid time tu untuk semester ni..lepas study kat library kami (diri ini dan angah) decide nak sambung study kat masjid dan tak nak balik mahallah lagi, Allah bagi peluang untuk mencari ketenangan setelah mengalami kekusutan dan kecamukan perasaan dan fikiran menghadapi peperiksaan..Alhamdulillah...=)
Khatib membaca khutbah dalam dua bahasa, mula-mula dalam bahasa arab then sambung dengan bahasa melayu pula..amat terkesan dengan khutbah yang disampaikan..berkaitan dengan TAQWA..teringat lagi antara yang khatib sampaikan, "...TAQWA itu bukan terletak pada janggut yang panjang, TAQWA itu bukan terletak pada songkok yang dipakai, TAQWA itu bukan terletak pada pakaian yang dipakai...TAQWA itu terletak di sini..terletak di sini..terletak di sini..(sambil nabi s.a.w. menunjukkan pada hati)..."
Kebanyakan orang menilai ketaqwaan seseorang kepada Allah melalui penampilan dan personalitinya sahaja. Apabila seseorang itu berperwatakan seperti seorang ustaz atau ustazah, dia akan dianggap banyak ilmu dan tahu pasal agama serta lebih taqwanya daripada yang lain. Itu adalah tanggapan yang salah, firman Allah: "sesungguhnya orang mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa dalam kalangan kamu", iaitu hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang paling bertaqwa dan mulia di sisi-Nya iaitu melalui keikhlasan hati seseorang hamba dalam beramal dan mengerjakan kewajipan perintah Allah ke atasnya.
Tak semestinya seseorang berpakaian yang cukup lengkap seperti ciri-ciri seorang ustaz atau ustazah itu paling bertaqwa kerana ujian Allah terhadap hamba-hamba-Nya adalah berlainan dan hanya Dia mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati setiap manusia. Tahap iman seseorang boleh dilihat pada akhlak yang dipamerkan ketika mereka bergaul dengan masyarakat dan ketika dia bersendirian. (hablumminallah wa hablumminnas). Kita boleh lihat akhlak para sahabat nabi s.a.w. dan para salafus solih sebagai contoh mereka yang bertaqwa dan mempunyai tahap keimanan yang tinggi pada Allah..Subhanallah...
Selesai solat, kami pun pulang ke mahallah dalam keadaan hati yang tenang..mungkin itulah berkat hadir ke majlis ilmu dan zikrullah..Alhamdulillah sekali lagi ke panjat ke hadrat Ilahi~
No comments:
Post a Comment