Saturday, October 30, 2010

Salah satu Impianku..





MENUNGGU SAAT BAHAGIA….

MOGA SUATU HARI NANTI IANYA MENJADI SATU KENYATAAN DAN BUKAN LAGI SUATU ANGAN-ANGAN..
SUBHANALLAH..BAHAGIANYA~(^_^)~

YA ALLAH, KURNIAKANLAH KU SUAMI YANG SOLEH, YANG DAPAT MEMIMPIN KU DAN ZURIAT KAMI MENUJU REDHAMU..AMIIN
-IMPIANKU……

Thursday, October 28, 2010

Persiapan Diri untuk Peperiksaan Akhir semester


Salam Mujahadah buat para mujahid dan mujahidah pemburu ilmu...

pejam celik pejam celik dah nak habis satu semester diri ini meneruskan pengajianku di Uia, Gombak setelah tamat pengajian di matrik..
mahu bergelar seorang mahasiswi itu mudah tapi mahu menggalas tanggungjawab itu yang harus diri ini fikirkan, yang mana bukan semudah belajar ABC kat sekolah rendah dulu..
tapi pelbagai persoalan yang harus ku fikir dalam memanfaatkan secebis ilmu kurniaan Ilahi ini..bagaimana harusku aplikasikan dalam kehidupan andai ku gagal dalam menggapai ilmu tersebut sekarangnya..

banyak yang harus diri ini belajar... "man yuridillahu khair yufahqihu fiddin" (sesiapa yang Allah menginginkan kebaikan padanya, Allah akan memahamkan tentang agama)..moga Allah sentiasa memberikan ilmu yang bermanfaat buat diri ini..

final exam kian menghampiri..denyut jantung makin kencang..badan menjadi gugup dan kadang-kadang menjadi seram sejuk..apakah petandanya ini???adakah sudah cukup persiapan diri ini untuk 'berperang' di medan 'pertempuran'???

PERSIAPAN DIRI:-
1) bersihkan hati dengan sentiasa mentajdidkan niat (belajar lillahi ta'ala)
2) jaga ibadah harian dan istiqamah
3) bajet betul2 masa untuk study dan rancang sebaiknya
4) sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH dan juga makhluk sekeliling..
5) jauhi perkara yang boleh me'lagho'kan dan perkara sia-sia..
6) yang penting selalu contant umi dan abah supaya doakan kejayaan dan minta restu mereka
selalu...
7) serta jaga perkara-perkara yang bersangkut paut dengan keberkatan dan keredhaan ALLAH
ta'ala..
watawakkal 'alallah setiap kali berusaha..

nak ikhlaskan hati dalam menuntut ilmu amat-amat memerlukan mujahadah serta kesabaran yang kuat!!! YOU CAN DO IT YUSRA!!!

Thursday, October 21, 2010

Sibuk-sibuk..

Assalamu'alaikum..w.b.t..

lama sudah tak ziarah blog sendiri, menyepi sendiri dek kesibukan yang melanda..dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar..
otak dirasakan seolah-olah membeku untuk melakar bait-bait tulisan kat blog ni..sbb kekurangan idea..mgkin juga disebabkan tangan dan mata ini sudah seakan-akan berkurangan tenaga untuk mengkhatamkan buku-buku ilmiah yang dibaca menjadikan minda semakin slow dan kekurangan idea..

ish..ish...sibuk sangat ke diri ini sampai mengalahkan student yang ambik medic..
sahabat2ku yang lain boleh khatam byk buku dlm masa sebulan, tp diri ini, usahkan sebuah buku sebulan..setahun pun belum tentu abis..

Alhamdulillah..dgn teknologi yang makin melebarkan sayapnya hingga ke serata ceruk dunia sekarang ni diri ini mampu jgk mencicip ilmu2 melalui makhluk Allah yang bernama internet ni..walaupun tak banyak ilmu yang diperolehi namun, melalui artikel2 yang bermanfaat, boleh menambahkan ilmu serta menjana minda dan pemikiran...

pesanku buat diri ini dan sahabat semua, dalam kesibukan sampai tahap mengalahkan mesin yang bekerja kat kilang yang mana x berhenti2 melainkan jika ditekan suiz OFF atau rosak pun, jgn ditinggal amal menuntut ilmu, x dapat cari dan ambil banyak, sikit-sikit pun xpe...
"tolibul ilmi faridhotun 'ala muslim"...tuntutlah ilmu sampai ke negeri China..

Ilmu fardhu 'ain terutamanya jgn dilupakan..iaitu AKIDAH(tauhid), FEQAH dan TASAWWUF(akhlak) kerana ilmu ini adalah asasnya, membentuk diri kita seterusnya baitul muslim yang mahmudah dan sakinah...

ingatlah wahai diri yang alpa...bukan dunia yang kita cari bahkan yang akhiratlah kita kejar..semakin jauh kita meninggalkan nikmat dunia yang sementara, semakin dekat akhirat menghampiri kita...

khulasotul Qaul, may Allah shows us the true way...insyaALLAH..^_-A