Monday, March 28, 2011

Ketenangan..terima kasih ya Allah

Assalamu'alaikum buat penghuni alam maya..

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih meminjamkn diri ini roh yang membolehkan ku terus menghirup oksigen ciptaan-Mu, meminjamkanku tubuh yang kerdil dan hina ni kesihatan yang baik, yang paling amat2ku bersyukur pada-Mu ya Allah kurniaan nikmat Iman dan Islam yang tiada tandingannya..Alhamdulillah..;)

Terima kasih ya Allah kerana mengembalikan ketenangan dalam diriku yang telah Engkau tarik seketika, mungkin kerana ingin menguji kesabaran dan keimananku kepada-Mu..

Sunday, March 6, 2011

Ayuh bangkit demi islam


                        Setelah melalui proses Pilihanraya kampus sesi 2011/2012 pada penghujung bulan Februari yang lalu, kini, pada awal bulan Mac, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  dibanjiri pula dengan pelbagai program dan karnival. Bermula dengan Ummatic week yang berlangsung pada 1-7 Mac 2011, kemudian akan di teruskan pula dengan Palestin Week pada minggu berikutnya. 

Ummatic Week yang bertemakan ‘One Ummah’ merupakan program yang dianjurkan oleh International Student Division (ISD). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan tradisi yang terdapat di seluruh dunia khususnya negara-negara asal pelajar-pelajar yang menuntut di UIAM. Antaranya, termasuklah Negara Malaysia, Indonesia, Afrika, Bangladesh, China, India, Bosnia, dan banyak lagi negara-negara lain yang mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing. Selain itu, program ini juga bertujuan merapatkan ukhuwwah antara mahasiswa mahasiswi UIAM yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa serta berbeza warna kulit dan budaya namun begitu, kita berpegang pada satu akidah yang sama. Program Palestin Week pula, seperti  kelazimannya, program ini bertujuan memberi kesedaran dan peringatan kepada warga UIAM tentang penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin akibat ditindas oleh rejim zionis. Progam ini adalah anjuran bersama persatuan-persatuan Islam di UIAM yang turut disertai oleh Maaruf Club.

                      Program-program seperti ini seharusnya mendapat pujian dan sokongan oleh semua pihak sebagi satu langkah yang baik demi kepentingan umat Islam. Hal ini kerana, setelah kejatuhan khalifah Islamiah pada tahun 1924, negara-negara Islam yang dahulunya berada di bawah satu pemerintahan kekuasaan seorang  khalifah telah dihancurkan oleh musuh Islam. Dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh musuh Islam telah menyebabkan wujudnya pembentukkan negara-negara yang dikuasai oleh mereka. Ulama-ulama, cendiakawan-cendiakawan Islam dan umat Islam dibunuh bagi melenyapkan Islam di muka bumi Allah. Ajaran Islam yang sebenar telah diselewengkan sehingga dunia memberi pandangan yang negatif terhadap Islam. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengikis hasil bumi kita, melemahkan pemikiran Islam dan memperhambakan umat Islam. Selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menperkenalkan dasar neutralisasi iaitu Kuasa-kuasa besar dunia memberi kemerdekaan kepada negara yang berada di bawah naungan mereka, umat Islam seolah-olah telah memperolehi kemerdekaan yang hakiki, tetapi pada hakikatnya itu merupakan satu lakonan dan tipu daya musuh-musuh Islam. Kini mereka telah berjaya menjajah kita dari sudut pemikiran selain menjadikan  pemmpin – pemimpin  negara Islam  sebagai boneka mereka. Semangat nasionalisme dan kebangssaan yang melampau yang berjaya dipasak dalam pemikiran umat Islam telah menyebabkan umat Islam yang berlainan negara bertelagah sesama sendiri. Mereka lebih mementingkan negara sendiri berbanding daripada saudara seagama. Di sini kita boleh lihat betapa lemahnya ikatan antara umat Islam apabila banyak berlakunya pertumpahan darah di negara umat Islam akibat daripada pertikaian sesama sendiri. Hal ini secara tidak langsung memudahkan musuh Islam menakluki dunia keseluruhannya.

                     Namun, kini kita dapat lihat betapa kesedaran dan  kebangkitan umat Islam terhadap perihal pentingnya menengakkan Islam sudah mula bersinar di tanah-tanah Arab, Timur Tengah khususnya. Sebagaimana kebangkitan semangat Al-Syahid Hasan Al-Banna di Mesir, semangat  pejuangan Salahudin Al-Ayubi di Palestin, semangat Umar Moktar di Libya dan lain-lain telah meresap masuk dalam diri anak-anak muda di sana menyebabkan mereka bangkit dengan beraninya menentang pemimpin mereka yang zalim. 

Persoalannya, ‘bilakah lagi kita semua satu hati (bersatu)’? ‘Bilakah lagi keamanan kan dikecapi’? ‘Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi’? Oleh itu, atas kesedaran ini marilah kita bersatu kembali untuk membantu agama Allah ini daripada ancaman musuh-musuh Islam. Bangunlah wahai ummah, Mari Kita Mengembalikan Semula Kegemilangan Islam!!

Friday, March 4, 2011

Teruji...

Duhai diri..
entah kenapa, hati ini sering kali diuji..ujian yang hadir makin hari makin payah untukku menyelami apakah hikmah di sebalik setiap yang berlaku..namunku gagahi jua untuk terus berdiri mengharungi setiap ujian-Mu, moga diri ini terus kuat menempuhinya..

Saban hari ku rasa diri semakin jauh dari rahmat-Mu..entah apalah dosa yang ku lakukan sampaikan ku diuji sedemikian rupa seawal di sekolah menengah lagi..diri ini tidak mampu untuk menyelongkar dan mencari semua hikmah di sebalik ujian-Mu...ampuni hamba-Mu ini, Ya ALLAH..

Ya Allah, adakah diri ini mampu untuk terus berdiri dan berjalan mengikut jalan-Mu yang benar?? Ampunilah dosa-dosaku, sesungguhnya, dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..hanya dengan rahmat-Mu akanku beroleh maghfirah-Mu dan belas kasih-Mu..

Hati yang teruji tak sama dengan terujinya fizikal..ujian fizikal boleh kita tempuhi berbekalkan kesabaran..namun ujian hati, kadang-kadang kita tak sedar pun kehadirannya tetapi ia sedang memakan dan memamah segala pahala amalan kita, hidup jadi tak tenteram, jiwa jadi kosong..amat-amat pedih rasanya..

Ubatnya hanyalah zikrullah dan sentiasa mendekatkan diri pada ALLAH..tapi bagaimana orang yang sakit hatinya mampu mengubati hatinya sendiri?? sejauh manakah ia mampu untuk mengubatinya?? ya..mujahadah nafsu itulah yang dia amat perlukan..ya itulah juga ubat yang hati ini dan diri ini perlukan..
Ya ALLAH..aku lemah sebenarnya..rasa lemah sangat kerana berkeseorangan..tiada siapa yang memahamiku selain-Mu..ingin diluah apa yang terbuku dihati bimbang disalah erti, ingin mengadu bimbang tersalah ayat menyebabkan lain pula jadinya..hanya pada-Mu yang Maha Mengetahui ku serahkan segala ketentuan..

Hanya keredhaan-Mu yang ku dampakan..mampukah aku?? kuatkan aku?? ya..hanya diri ini sendiri yang mampu mengubah diriku..bantulah hamba-Mu yang hina ini ya ALLAH..amiin ya rabbal 'alamiin..