Tuesday, December 31, 2013

Di Ambang 2014 ~TURUN ~

Assalamu'alaikum..
 
 Pada saat di ambang tahun baru 2014 ini bakal terjadi sesuatu yang luar biasa kerana hampir seluruh rakyat Malaysia akan TURUN ke Dataran Merdeka untuk menuntut supaya kerajaan meneliti semula keputusannya berkenaan kenaikan kos sara hidup rakyat di negara ini. 
BUKAN UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN..

Sesungguhkan kami rakyat Malaysia amat sayangkan negara ini..tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan ketidak amanan terhadap negara yang amat kami sayangi ini..

 Dengarlah keluhan kami sebagai rakyat negara ini..
kenaikan harga petrol, tarif elektrik, cukai dan kos sara hidup yang lain membebankan kami terutama yang hidup serba kekurangan, yang bekerja sendiri (tiada gaji tetap) dan berpendapatan rendah, pemberian BR1M tidak dapat mengurangkan beban sepanjang hidup kami, pemberian RM250 kepada setiap orang yang belum berkahwin pun tidak dapat menutup segala bebanan kenaikan harga dan kos sara hidup kami yang lain..

RM250 itu hanya dapat guna untuk 25 hari saja jika perbelanjaan satu hari RM10, tetapi dengan kenaikan kos sara hidup kami memerlukan lebih banyak wang untuk perbelanjaan..Bagi mereka yang bekerja tetap dan mendapat kenaikan gaji itu tidak menjadi masalah, namun cuba bayang mereka bekerja membanting tulang di sawah, berniaga kecil-kecilan, kerja mencuci kereta dan sebagainya yang tidak mempunyai gaji tetap dan nak kena menyara hidup ahli keluarga dan anak-anak yang ramai, mereka bergantung kepada usaha seharian, bagaimana mereka nak meneruskan hidup dalam keadaan kenaikan kos sara hidup ini??

Duhai pemimpinku dan kerajaan yang kusayangi, 
Janganlah kamu membutakan matamu, memekakkan telingamu..
Dengarlah keluhan dan rintihan kami..
fikirkan hasil daripada tindakan kamu ini untuk jangka masa yang lama,
apakah kesan jangka masa panjang tindakan kamu ini kepada masa depan kami, rakyat Malaysia??


Ayuuuhhh !!! 

Himpunan rakyat ini tanda protes kepada kesengsaraan rakyat terhadap kerajaan Malaysia. Pejam mata seketika, cuba bayangkan kesengsaraan rakyat yang berpendapatan rendah untuk mengisi kehidupan tahun 2014. Tol, petrol, gula, bil elektrik, LRT, keperluan harian, GST pula dan banyak lagi " Naik Dan Naik" dengan purata pendapatan rakyat malaysia RM 1000 - 2000 sebulan.


Thursday, December 26, 2013

Pelajaran Pertama - Kata Ganti Nama Diri

Assalamu'alaikum..
ahlan wasahlan...

Seronoknya belajar Bahasa Arab!!

Hari ini kita belajar kata ganti nama, dalam Bahasa Arab ia dipanggil sebagai ضمير ^_^

أنا  (ana) = saya
نحن (nahnu) = kami
أنتَ (anta) = awak (bagi seorang lelaki)
أنتِ (anti) = awak (bagi seorang perempuan)
أنتما (antuma) = awak berdua (bagi lelaki/perempuan)
أنتم (antum) = awak ramai >3 org (bagi lelaki)
أنتنّ (antunna) = awak ramai >3org (bagi perempuan)
هو (huwa) = dia (bagi seorang lelaki)
هي (hiya) = dia (bagi seorang perempuan)
هما (huma) = dia dua org (bagi lelaki/perempuan)
هم (hum) = mereka >3 org (bagi lelaki)
هنّ (hunna) = mereka >3 org (bagi perempuan)

هذا فقط اليوم... (setakat ini sahaja untuk hari ini)
wa ila liqa'..semoga berjumpa lagi..insyaAllah ^_^

Saturday, December 21, 2013

Peringatan drp As Syahid Syeikh Ahmad Yasin

Bismillahirrahmanirrahim..

Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata:

"Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah, atau adakah kalian semua telah mati binasa..

Nasihatilah diri

assalamu'alaikum pembaca laman maya ini...

pernah tak kita dengar seorang menasihati seseorang;

"sabarlah sahabatku, semua ni dugaan dan ujian daripada Allah"
"sabar la beb, takkan benda kecik pun sampai nak bunuh diri kot.. "

hmm..banyak lagi ayat yang kita pernah dengar yang seumpama ini apabila seseorang menasihati sahabatnya..hakikatnya hanya sahabat yang menanggung permasalahan sahaja yang mengetahui apa dia alami..

Maka sebutlah kepadanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan, "Sesiapa yang dijanjikan Tuhan memperoleh kebaikan, dia pasti dikenakan musibah.”

Allah berfirman: "Tidaklah dibebani kepada seseorang itu sesuatu yang dia tidak mampu untuk menanggungnya" (surah al-Baqarah: 286) yakni Allah tidak membebani seseorang sesuatu yang dia tidak mampu menanggungnya.

Insafi Diri

Apabila kita merasa senang, kita selalu melupai-NYA

Namun apabila kita dalam kesusahan dan ditimpa musibah

barulah diri mencari-cari-NYA