Friday, November 26, 2010

Satu Kehilangan dan Pemergian

"Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian"..itulah ungkapan yang setiap daripada kita tak dapat tidak dan mesti terima kenyataan ini dan suratan takdir yang telah Allah tentukan.

pada tanggal 13/11/2010, atukku (chek) telah kembali ke rahmatullah..mg rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleh..Allahummaghfir lahu warhamhu ya Allah..amiin
~AL-FATIHAH~


Rindu nak pimpin tangan chek gi hospital..rindu nak berseloroh dengan chek waktu bercerita..rindu nak gurau dengan chek macam dulu..apakan daya suratan takdir mengatakan kau harus pergi..ku berdoa moga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..



Buat mok (nenek), moga dikau tabah menghadapi setiap ujian dan cubaan dari-NYA..bagaimana keadaan mok sekarang?? apakan dayaku, nak gi jengok mok tapi tak pandai drive kereta, naik motor bahaya plop tu tambah plop lesen takde...rindu ko mok..

 Moga mok diberi kesihatan yang baik dan di bawah pemeliharaan Allah s.w.t selalu..amiin~

Monday, November 22, 2010

~Jadilah diri sendiri~


Adalah tidak tepat jika kita melihat hidup ini sebagai satu pertandingan yang masing2 ingin mencapai kejayaan.
Tetapi bagaimana kalau anda berasa sedang bertanding dengan diri sendiri? Yakni anda harus berusaha agar mempamerkan, mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu dengan fikiran, tenaga, keupayaan yang paling tinggi dan terdaya, dan usaha yang paling optimum (terbaik), terhadap diri sendiri.
Apabila bertanding dengan diri sendiri anda akan berasa malu kalau anda ‘kalah’ dengan diri sendiri, tetapi jangan pula rasa malu jika anda ‘kalah’ dengan orang lain.
Namun lazimnya orang yang menang dalam bertanding dengan diri sendiri akan turut menang juga dalam pertandingan dengan orang lain.
“Only me can beat me!” Benar, anda sahaja boleh mengalahkan diri anda sendiri. Jadi mulalah bertanding dengan diri sendiri-kalahkan rasa malas, tundukkan sifat malu tidak bertempat, atasi rasa takut yang tidak kena pada masanya dan lain-lain sifat negatif.
Satu perkara yang harus dihindari ialah sikap suka membanding-bandingkan diri anda dengan kawan2. Hal ini kerana, membandingkan diri anda dengan kawan2 anda sama ada yang lebih baik atau kurang baik daripada anda akan memberi kesan negatif terhadap diri. Mengapa???
Sebab kita semua mempunyai ‘jangka masa perkembangan’ yang berbeza antara satu sama lain. Sama ada dari segi perkembangan emosi, fikiran dan jiwa, tempoh kematangan manusia tidak sama.
Kita dibesarkan dalam lingkungan, latar belakang keluarga dan suasana yang berbeza, maka jadual kematangan kita juga berbeza.
Dalam hidup kita mesti mengatasi pelbagai halangan yang berbeza dengan orang lain. Tembok yang ada di hadapan kita sudah pasti tidak sama tinggi atau rendahnya dengan tembok orang lain. Mereka di laluan mereka, kita di laluan kita. Berhenti daripada membandingkan laluan kita dengan laluan orang lain kerana sudah pasti laluan itu tidak sama. Mudah pada mereka mungkin payah untuk anda. Payah buat mereka mungkin mudah buat anda.
Usah menyangka bahawa dengan harta mereka lebih banyak maka lebih baik daripada anda. Dan usah pula berasa bahawa satu hari nanti harta anda lebih banyak daripada mereka, lalu anda lebih baik daripada orang lain.
Tabiat membanding-bandingkan kita dengan orang lain akan meletakkan hidup kita umpama ombak laut yang dipukul angin. Perassan kita akan sentiasa tidak stabil. Turun naik silih berganti. Satu masa kita rasa bangga tetapi satu ketika yang lain kita rasa putus asa. Yakin pada satu tahap dan ragu-ragu pada tahap yang lain.
Binalah diri anda sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan yang anda miliki. Anda adalah unik, jesteru tidak ada sesiapa yang serupa dengan anda sama ada dari segi luaran dan dalaman.
Cara yang terbaik untuk membuat perbandingan ialah bandinglah diri anda sekarang dengan potensi anda sebenar. Anda tidak perlu banyak harta, tinggi kuasa, cantik rupa untuk mendapat keyakinan diri. Tetapi sebaliknya binalah keyakinan kepada Allah nescaya keyakinan terhadap diri sendiri akan meningkat.
Jadi, jangan menunggu orang lain menghargai diri anda, barulah anda merasa diri anda berharga, tetapi hargailah diri anda terlebih dahulu barulah orang lain akan menghargai anda… Wallahua’lam.
-majalah solusi

Tuesday, November 16, 2010

Khutbah Jumaat

Alhamdulillah..syukur sangat sebab Allah memberi peluang pada diri ini untuk mendengar khutbah jumaat di masjid..hampir empat hari diri ini tak keluar dari mahallah selepas exam subjek introduction to political science hari Isnin yang lepas..dan hari ini (12/11/10) baru diri keluar ke iium library atau baitul hikmah nama famousnya...best sangat...;)

Keluar dengan roomate Izzah (angah) dan seorang lagi sahabatku Syuhada (alang), berjalan dengan cepat (sebab alang ada janji temu) dalam keadaan hujan membuatkanku terasa seperti kekalutan nak ke kelas sebab lewat bersiap, punyalah rushing jalan..he3...biasalah budak universiti la katakan..hu3 (tabiat yang tak elok, so jangan tiru tau)

Diri ini tak pernah study kat masjid waktu dekat-dekat nak solat Jumaat macam hari ni dan itulah the first time and last diri ini study kat masjid time tu untuk semester ni..lepas study kat library kami (diri ini dan angah) decide nak sambung study kat masjid dan tak nak balik mahallah lagi, Allah bagi peluang untuk mencari ketenangan setelah mengalami kekusutan dan kecamukan perasaan dan fikiran menghadapi peperiksaan..Alhamdulillah...=)

Khatib membaca khutbah dalam dua bahasa, mula-mula dalam bahasa arab then sambung dengan bahasa melayu pula..amat terkesan dengan khutbah yang disampaikan..berkaitan dengan TAQWA..teringat lagi antara yang khatib sampaikan, "...TAQWA itu bukan terletak pada janggut yang panjang, TAQWA itu bukan terletak pada songkok yang dipakai, TAQWA itu bukan terletak pada pakaian yang dipakai...TAQWA itu terletak di sini..terletak di sini..terletak di sini..(sambil nabi s.a.w. menunjukkan pada hati)..."

Kebanyakan orang menilai ketaqwaan seseorang kepada Allah melalui penampilan dan personalitinya sahaja. Apabila seseorang itu berperwatakan seperti seorang ustaz atau ustazah, dia akan dianggap banyak ilmu dan tahu pasal agama serta lebih taqwanya daripada yang lain. Itu adalah tanggapan yang salah, firman Allah: "sesungguhnya orang mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa dalam kalangan kamu", iaitu hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang paling bertaqwa dan mulia di sisi-Nya iaitu melalui keikhlasan hati seseorang hamba dalam beramal dan mengerjakan kewajipan perintah Allah ke atasnya.

Tak semestinya seseorang berpakaian yang cukup lengkap seperti ciri-ciri seorang ustaz atau ustazah itu paling bertaqwa kerana ujian Allah terhadap hamba-hamba-Nya adalah berlainan dan hanya Dia mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati setiap manusia. Tahap iman seseorang boleh dilihat pada akhlak yang dipamerkan ketika mereka bergaul dengan masyarakat dan ketika dia bersendirian. (hablumminallah wa hablumminnas). Kita boleh lihat akhlak para sahabat nabi s.a.w. dan para salafus solih sebagai contoh mereka yang bertaqwa dan mempunyai tahap keimanan yang tinggi pada Allah..Subhanallah...

Selesai solat, kami pun pulang ke mahallah dalam keadaan hati yang tenang..mungkin itulah berkat hadir ke majlis ilmu dan zikrullah..Alhamdulillah sekali lagi ke panjat ke hadrat Ilahi~

Wednesday, November 10, 2010

Minggu Orientasi

Assalamu'alaikum buat 'penghuni alam maya'..

Tiba-tiba diri ini teringat masa ta'aruf week atau minggu orientasi kat UIAM, Gombak waktu diri ini mula-mula daftar kat sini..wah, besar sungguh uia ni!!
Lepas daftar mahallah terus kena gi masuk dewan attend program ta'aruf week sebagai mana yang telah dijadualkan..Alhamdulillah, dapat roommate yang sama cam kat cfs dulu..agak letih diri ini rasakan waktu tu lepas kemas barang sikit-sikit..tapi apabila ingat balik bahawa diri ini datang sini sebab nak belajar dan tuntut ilmu, jadi semangat tu datang semula..lepas seminggu berlalu minggu orientasi, proses add and drop berlangsung dan seterusnya kelas pun bermula..
baju batik ta'aruf week
pemandangan sekitar Mahalah Aminah

jeng..jeng..jeng..

Hari pertama masuk kelas...kelas bahasa melayu lanjutan LM 2020..
pusing satu bangunan edu, akhirnya jumpa juga kelas..tapi tunggu punya tunggu hampir setengah jam lecturer tak datang..akhirnya diri ini keluar menunggu kelas seterusnya kat masjid..ramai juga sahabat yang sedang mencari-cari kelas dan ada juga yang sedang menunggu kelas seterusnya sambil menjamah makanan tengah hari mereka di ruang rehat dan ruang kaki lima masjid..

berbual-bual dengan teman-teman..rata-rata mengatakan mereka sesat semasa mencari kelas mereka..hmmm..begitulah fenomena budak first year yang baru masuk universiti and including me..he3

sesiapa yang tak elert and focus betul-betul dengan peta dan tempat-tempat sekitar centre, confirm sesat..he3..pengalaman diri ini juga tu..paling tak pun pernah tiga kali pusing tempat sama (centre tingkat atas) sebab tak perasan mana satu bangunan admin (waktu maghrib time tu..) dan jalan sorang-sorang..tu yang sesat tu..hu3

tapi yang paling tak boleh lupa apabila ada student 1st year juga yang datang kat kami (diri ini dan beberapa orang sahabat), tanya direction ke bus stop dan panggil kami kakak..mungkin mereka ingat kami senior kot..he3..terasa matured pula diri ini..

setakat tu la dulu..letih pula tangan ini nak taip panjang-panjang walaupun banyak lagi pengalaman2 yang ingin dikongsi bersama..another time la plop..wallahua'lam..=)

Saturday, November 6, 2010

Kesakitan yang menimpa

salam keindahan buat semua..

pernah tak kita merasai kesakitan setelah lama Allah memberi kita kesihatan dan kehidupan yang baik?
kadang-kadang kesakitan itu datang melalui penyakit yang ditimpakan ke atas diri kita, kadang-kadang kesakitan itu datang dalam bentuk kesedihan dan kadang-kadang kesakitan itu datang dalam bentuk kesusahan hidup..

subhanallah..semua itu mungkin sahabat2 pernah laluinya dan tidak terkecuali diri ini..

firman Allah:"Aku jadikan kematian dan kehidupan sebagai ujian buat kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya"

ingin sekali diri ini sentiasa mengingati-Mu sama ada dalam keadaan susah ataupun senang..
ingin sekali diri ini mengingati-Mu dulu sebelum ku menuturkan setiap bicaraku..
ingin sekali diri ini memandang sekeliling alam ini dengan mengingati kebesaran-Mu..

Alangkah indahnya jika setiap saat hanya Allah di hati kita, setiap yang pahit akan dirasa manis..setiap yang susah akan dirasa senang..setiap kesakitan dirasakan belaian lembut drpNya..dengan itu tiada lagi keluhan dan rungutan..segalanya indah belaka..

diri ini amat lemah sekali untuk mempertahankan iman di hatiku ya Allah, musuh ketat-Mu (syaitan laknatullah) tidak pernah jemu membidasku dengan panahan-panahan maksiat di hatiku..kadang-kadang diri ini jatuh tersungkur dan akur kepada bisikan dan hasutannya..

ya Allah, diri ini tidak mahu lagi menjadi mangsa musuh-Mu..berikanlah ku kekuatan iman..yang pernah ku rasa bila mana Kau memberi cahaya keimanan semula di hatiku, ku rasa tatkala itu hati dan hidupku bersinar semula..terus bersemangat meneruskan hidup ini..

diri ini tidak mahu lagi mengeluh dan sedih jika keletihan..penat badan dan hanya rasa mahu baring dan tidur bila pulang dari kelas..diri ini tahu, Engkau sebenarnya mahu memberikan kerehatan untuk tubuh kecilku ini di kala ku tak bermaya..apabila tiba malam saja pasti ku rasa letih dan seolah-olah demam..pelik kan? pagi dan petang nampak sihat tapi asal malam mesti cakap tak sihat la, tak boleh hadir discussion la..mcm2 lg alasan...mgkin begitulah fikir teman2ku..
tapi hanya Engkau Maha Memahami diri ini ya Allah..berikanlah kekuatan menghadapi semua ini..diri ini amat2 lemah dan perlukan dorongan dan sokongan..

ya Allah, teguhkanlah hati dalam menghadapi setiap ujian-Mu, sungguh halus tarbiyyah daripada-Mu, menyapa dan membelai jiwa-jiwa yang sentiasa mendekati-Mu..moga diri ini juga sebahagian daripada golongan yang sentiasa dahagakan kasih dan sayang-Mu..ampuni aku ya Allah..~

Wednesday, November 3, 2010

Cinta Berputik Di Rusila


Terkenang bagaimana detik awal saya menyertai perjuangan suci ini . Kala itu ( 1985 ) usia saya baru mencecah 15 tahun . Selepas menduduki peperiksaan SRP , ayah meminta agar saya mengisi borang keahlian PAS. Kesedaran awal berputik dari mimbar Masjid Rusila setelah saya mendengar buat pertama kalinya khutbah dan kuliah mingguan yang disampaikan oleh al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang . ( Waktu itu saya ditukarkan ke Sekolah Menengah Marang ( untuk Tingkatan 4 aliran sains ) dan menyewa di rumah allahyarmah Tok De di Rusila. ) Pertengahan 1986 saya melangkah kaki ke Madrasah ad Diniah al Bakriah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pasir Tumbuh meninggalkan sekolah menengah dengan mengikut seorang kenalan ( yang datang berniaga di Rusila ) ke Pasir Tumbuh . Madrasah inilah menjadi saksi bagaimana saya menjalani proses pemulihan fikrah dan terapi spiritual agar kembali menjadi “manusia” yang menepati objektif penciptaannya.

Selain mengambil silibus pengajian di pondok Pasir Tumbuh , saban bulan saya akan menyertai siri tamrin pemantapan fikrah dan qiamulail yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad Kota Bharu . Tamrin ini biasanya dikelolakan oleh al Marhum Ustaz Musthafa Rusdi . Tokoh – tokoh pimpinan yang biasa diundang untuk memberi pengisian di majlis tamrin tersebut ialah al Fadhil Ustaz Yahya Othman , al Marhum Ustaz Mawardi Tok Kenali , al Fadhil Ustaz Wan Daud , al Marhum Ustaz Nik Abdullah ( Pak Nik Lah ) dan lain – lain yang terdiri kepimpinan pemuda negeri dan pusat . Dari dalam pondok , saya menyertai gerakan pelajar melalui usrah yang dibentuk . Tokoh yang banyak membantu saya membentuk syakhsiyyah dan fikrah pejuang ini ialah Al Fadhil Ustaz Muhaiyyidin Husain ( Pondok Sungai Durian ) , Al Fadhil Ustaz Mokhtar Senik , al Fadhil Ustaz Asmui Sondeng , al Fadhil Ustaz Ramli Sidom , al Fadhil Ustaz Zaini , al Fadhil Ustaz Abdul Aziz , al fadhil Ustaz Nazri Mansur dan lainnya . Semua mereka adalah guru saya yang bertanggungjawab membawa saya ke pentas perjuangan.
Tentu sahaja ilmu Islam dan asas agama dibawah didikan al Fadhil Tuan Guru Hj. Hashim , al Fadhil Ustaz Rahim , al Fadhil ustaz Abu Bakar , al Marhum Tuan Guru Hj. Atiqullah menjadi pemangkin buat diri saya berubah aliran dari system jahiliyyah kepada Islam. Sepanjang pengalaman saya bersama PAS , era 80’an adalah era yang kaya dengan pengisian tarbiyyah , pemantap fikrah dan pemerkasaan ruuhiyyah . Tamrin , mukhayyam , katibah , qiamulial , usrah dan ijtimak adalah aktiviti yang “terhangat di pasaran jamaah “ . Kebanyakan ahli dan pemimpin bercakap soal tarbiyyah . Kalau saja bertemu sesama sendiri , topic yang dibincang selain politik ialah bagaimana pengalaman manis dan seronok menyertai tamrin di sana , mukhayyam di sini dsbnya. Saya sendiri , apabila pulang ke kawasan pada musim cuti pengajian pasti tidak melepaskan peluang mengadakan mukhayyam bersama rakan – rakan di kawasan . Sehingga kini , apa yang saya ingat sudah lebih seratus cap kehadhiran dan penyertaan saya bersama dengan mukayyam . Dulu memang saya kaki tamrin dan kaki mukhayyam .

Suasana tarbawi sangat dirasai dan ia wujud di mana – mana . Pemimpin yang tidak menyertai atau mengadakan usrah dianggap pelik dan mengaibkan. Buku – buku tarbiyyah adalah bahan bacaan yang “terlaris di pasaran” berbanding buku – buku agama lain. Buku Maza Ya’ni karya ustaz Fathi Yakan , Mabadi’ lil Islam karya al Maududi , Muqaddimah Aqidah Muslimin karya Tuan Guru Hj. Abdul Hadi adalah antara buku yang sering habis dalam pasaran.
Ceramah pimpinan PAS dipelbagai peringkat kebanyakan berkisar soal aqidah perjuangan yang membezakan antara iman dan kufur. Isu politik hanya disentuh 30 atau 20 minit terakhir ceramah mereka . Kuliah agama yang dikelolakan oleh pimpinan PAS tidak ubah seperti pesta terutamanya di Masjid Rusila , Masjid Pulau Melaka dan lainnya. Setiap kali pimpinan PAS turun berceramah , orang ramai sanggup menumpang belakang lori untuk menghadhiri majlis ceramah . Masih terlalu segar dalam ingatan saya , bagaimana saya mengayuh basikal dari Pondok Pasir Tumbuh ke Kampung Raja Besut untuk menghadhiri satu majlis ceramah yang disampaikan oleh al Fadhil Tuan Guru Hj. Abdul Hadi , al Fadhil Ustaz Awang Bakar , al Fadhil Ustaz Harun Jusoh dan Al Fadhil Ustaz Kassim .

Rata – rata hubungan ahli PAS dengan pemimpin mereka tidak terhenti setakat hubungan antara ahli dengan pemimpin tetapi lebih kepada hubungan murid dengan guru . Hormat ahli kepada pemimpin tidak ubah seperti seorang anak murid menyerah diri kepada guru mursyidnya . Tidak dinafikan , terkadang ada juga berlaku krisis dan pergeseran , tetapi secara umumnya , ia sedikitpun tidak melunturkan ketaatan , kesetiaan atau wala’ ahli kepada pemimpin mereka . Mereka masih tahu cara menghormati pemimpin dan menjaga maruah jamaah . Saya cukup merindui suasana dulu . Suasana yang penuh dengan aktiviti amal tarbawi . Dididik , ditegur dan dinasihati oleh naqib usrah adalah satu ke”nikmatan”. Diarah dan disuruh oleh pimpinan pula adalah satu “kepuasan” .

Saya percaya bahawa kenikmatan dan kepuasan itu datang dari suasana pentarbiyyahan yang dilalui secara konsisten. Suasana yang mampu meletakkan saya rasa berdosa dan bersalah apabila gagal melaksanakan tugasan jamaah. Saya merindui kenangan lalu , dikelilingi sahabat dan rakan yang sangat tinggi nilai ukhuwwahnya. Pantang tidak bertemu biar pun 2 atau 3 hari Cuma , pasti sahaja pertemuan segera di atur . Pertemuan akan berlangsung di tepi pantai , di tepi sungai , di kaki bukit , di pulau , di surau atau di markaz . ( hotel belum dikenali pada waktu itu . )
Kalau anggota satu usrah , hubungan kami tak ubah seperti adik beradik kembar . Pakai baju pun nak sama ( masa tu kami tak pandai lagi nak buat uniform berlambang parti atau baju korporat cop bulan ), keluar ke Bandar pun nak sama – sama , pergi program pun nak sama – sama . Kami redah susah senang bersama . Kalau seorang antara kami anggota usrah sakit atau ditimpa kesempitan nescaya yang lain pasti turut berkongsi derita. Usrah Asy Syabab ! itulah nama usrah saya yang pernah bertahan 12 tahun lamanya . Zaman itu adalah zaman usrah dan zaman tarbiyyah. Saya sungguh merinduinya .

Markaz di zaman itu tidak banyak tetapi majoritinya aktif dengan solat jamaah dan usrah . Paling tidak hanya pertemuan biasa sambil berbual mengenai jamaah , bertanya khabar ahli serta isu semasa dan menikmati juadah ringan .
Sungguh saya merindui saat dan detik seperti itu . Apakah ia tidak akan berulang lagi ? Bukan saya tidak suka berprogram dihotel , tidak juga saya menganggap kepimpinan hari ini tidak baik dan tidak lah pula saya mengatakan bahawa hari ini tiada tarbiyyah , tetapi …… saya merindui suasana dulu ! Namun , suatu yang perlu diinsafi tanpa perlu kita menuding kepada sesiapa . Hari ini kalau kita nak dengar perkataan tamrin dalam tempoh satu hari memang susah . Terkadang berlalu bagi tempoh satu bulan tanpa kedengaran perkataan tamrin apalagi programnya , demikian juga mukhayyam atau qiamulail . Saya memahami betapa perlu kita berkembang mengikut tumbesar zaman dan eranya , tetapi perkara yang bersifat fundamental wajar dipertahan merentas zaman . Saya mungkin bersetuju bentuk aktivitinya boleh berubah mengikut kesesuaian tetapi roh dan semangat program amal tarbawi mestilah dikekalkan. Saya juga percaya di mana saya tidak bersendirian dalam menanggung rindu seperti ini . Sahabat yang pernah melalaui zaman dan pengalaman seperti saya pastinya turut menyimpan rindu yang mendalam . Bagi mengubati rindu yang sekian lama memendam rasa , saya mengharapkan rijal – rijal tarbawi yang wujud melata dalam jamaah ini kembali bangkit .

Saya dapat merasakan bahawa inilah zaman atau detik kebangkitan semula era gemilang amal tarbawi setelah jenuh kita menyaksikan berlakunya perlecehan terhadap amal tarbawi oleh sebahagian yang tidak menjiwainya bahkan turut disaksi bagaimana agenda politik kepartian seakan mengatasi ruh amal Islami dan apa yang lebih malang ialah berlakunya krisis fikrah dan aqidah perjuangan dikalangan sebahagian anggota jamaah .
Inilah zamannya untuk tarbiyyah kembali dinobat malah didaulatkan sebagai agenda “wajib laksana” di semua peringkat parti bermula dari kepimpinannya yang paling tinggi hinggalah kepada anggotanya yang paling rendah .

Saya yakin , ramai anggota jamaah boleh bersetuju dengan saya apabila saya mengatakan bahawa nilai ukhuwwah fillah dikalangan anggota jamaah ( termasuk pemimpinnya ) mencapai tahap kritikal.
Demikian mutu ketaatan terhadap pimpinan dan kesetiaan terhadap jamaah juga tidak berada pada tahap yang meyakinkan . Baiah mereka kian longgar dan wala’ mereka pula kian lekang dari hari ke sehari lantaran aktiviti amal tarbawi semakin terpinggir dari agenda utama parti dan suasana tarbawiyyah semakin lenyap dari kehidupan harian anggota parti / jamaah . Rindu ini kembali terubat andai kita semua Berjaya mengembalikan kegemilangan amal tarbawi di dalam jamaah kita tanpa kita mengabaikan aspek tajdid dalaman parti .

Masih ingat kah kita kepada ucapan al marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor agar kita : contemporary dalam tindakan , fundamental dalam berprinsip dan bersikap futuristic dalam merancang atau merencana .


Begitu juga perlu kita mengambil iktibar terhadap apa yang pernah disebut oleh Abu Hasan Ali An Nadwi : الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع Menggabungkan tradisi yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat .

Demikian jua kenyataan al Imam Malik rhm yang perlu dihayati :
لا يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها . Tidak akan gemilang umat ini melainkan turut melaksanakan apa yang menjadikan umat terdahulu gemilang.

-posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi