Friday, January 13, 2012

Jangan Izinkan Ku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba...

Assalamu'alaikum..w.b.t..
Amat terkesan dengan artikel daripada website iluvislam ini..
jadi diri ini mahu share artikel ini di sini..^_^
Ya Rabbana..peliharalah para mujahideen dan mujahidah Islam yang berjuang di jalan-Mu..
daripada sisa-sisa dan dosa kemaksiatan yang tercalit pada hati-hati kami..

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.



Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

- Artikel iluvislam.com

Saturday, January 7, 2012

Cerita Lucu tapi Benar..subhanallah..

Assalamu'alaikum w.b.t..

Sudah lama dah tak post entri kat blog ni..sekarang baru ada idea dan kesempatan nak menulis..hehe ^_^
Sebuah cerita nak dikongsikan..alkisahnya, diri ini ada seorang sahabat, Ana namanya (bukan nama sebenar).
Pernah tinggal sebilik waktu belajar di asasi UIA dulu. Memang orang cakap bersahabat baiklah kami berdua ni, ibarat belangkas, ke mana sahaja kami pergi mesti berdua. Sampaikan apabila salah seorang tak ada mesti sahabat lain akan tanya, "mana sorang lagi?" ish..ish..

Sahabatku Ana ni ada seorang sahabat yang selalu meluahkan perasaan kepadanya ketika ada masalah dan suka sangat berkongsi cerita. Satu hari, sahabat Ana datang dan tidur di bilik kami, malam tu memang berbual panjang dan berkongsi cerita. Mula daripada sinilah diri ini mengenali sahabat kepada Ana ni..Alhamdulillah, dapat berukhuwah kerana Allah..walaupun diri ini tak banyak cakap pun, sekadar mendengar sahaja..Ramai sahabat yang ku kenal adalah kenalan Ana.

Apabila kami masuk UIA Gombak kami dah tak tinggal sebilik dah. Diri ini dapat bilik lain dan Ana dapat bilik lain tapi masih satu asrama. Berlaku peristiwa yang agak pelik dan lucu bagi diri ini apabila ramai orang yang diri ini jumpa akan senyum dan menegur saya, "Ni Ana kan?" saya terus mengatakan, "eh, saya bukan ana dan terus menyebut nama sendiri" (dalam hati, dulu pun ada juga roommate yang tertukar diri ini dengan Ana. Walaupun satu bilik, jumpa kami berdua hari-hari pun masih boleh tersalah, apatah lagi yang baru jumpa..ni mesti kawan Ana ni..hehe)..aku hanya tersenyum.

Yang lagi menghairankan adalah bukan sekali tapi banyak kali yang cakap macam tu.."kamu berdua ni saudara ke? macam kembar..macam adik beradik.." yang paling diri ini terperanjat adalah, "kamu berdua ni macam suami isterilah..sorang kasar(tegas) macam suami dan sorang lagi pula lembut macam isteri..secocok sangat"..hah!! terkejut diri ini mendengarnya, seram pun ada juga..hehe..itulah apabila dah bersahabat, baik pula tu, mesti nampak rapat sampai orang cakap macam tu..ish..ish..

Mungkin kerana personaliti dan perwatakan kami yang ada persamaan menyebabkan kami nampak macam sama atau macam kembar..hehe..kadang-kadang mungkin sebab terpengaruh dengan cara dan gaya masing-masing. Diri ini agak cenderung atau minat yang lasak-lasak sebenarnya tapi disebabkan adik-beradik semua perempuan menyebabkan suasana mendidik menjadikan diri ini lembut (nampak lembut tapi suka yg lasak..suka martial arts)..berbeza dengan sahabatku Ana, dirinya lembut suka akan kelembutan dan kesopanan tetapi kerana adik-beradiknya semua lelaki menyebabkan dia agak ter'influent' dengan didikan dan suasana dalam keluarganya menyebabkan dia agak tegas sedikit..wallahua'lam..



Namun apapun, diri ini amat bersyukur dikurniakan sahabat sepertinya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..moga kami dapat terus bersahabat kerana-MU.. :)

Thursday, January 5, 2012

Bila ditanya tentang perkahwinan..

Assalamu'alaikum w.b.t..
 
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum: 21)


Apabila ada soalan yang diajukan kepadaku tentang perkahwinan atau status perkahwinan, lidahku tiba-tiba jadi kelu, hati dan akal jadi terfikir..eh, dah sesuai ditanya soalan ini padaku??
"Apakah status perkahwinan anti/ukhti/anda/awak?" ....unmarried yet (pelajar sepenuh masa)
"Dah berpunya yea? bila nak makan nasi minyak ni?" ....kepunyaan Allah, insyaALLAH kalau ada jodoh yang Allah dah tentukan, sampailah masanya, walau siapapun ia
"Ni pakai cincin ni, dah ada orang cop/tanda ke? jangan lupa ajak saya bila nak kawin nanti yea"....pakai cincin banyak sebabnya, terpulang pada niatnyalah..janji jangan salah sangka dan sebarkan fitnah (tanyalah pd empunya diri) 

rupa-rupanya soalan inilah sering menghantui muda mudi remaja remaji kita sekarang ni..hmm..yang belum terlintas dan terfikir pun nak ada pasangan hidup, jadi terfikir..jadi nak ada pasangan juga, akhirnya pelajaran entah ke mana..cita-cita entah ke mana..

KENAPA KITA MAHU 'MENDIRIKAN MASJID' ATAU BERKAHWIN?
Kita dah betul-betul sedia ke nak berkahwin? Diri sendiri pun masing terumbang ambing, adakah kita yakin kita boleh bawa pasangan kita menuju bahagia dalam alam rumah tangga..Ingat wahai teman, kita mungkin rasa "Bahagianya sebuah perkahwinan, apabila kita lihat rupa bayi yang baru lahir, rupa dan perasaan bahagia ibu bapa yang menyambut kelahiran bayi mereka..keadaan pasangan yang baru berkahwin berjalan berpegangan tangan, adegan suap menyuap ketika makan dan sebagainya".."bahagianya punya pasangan hidup, ada orang yang sediakan sarapan, makanan, ada orang yang sediakan pakaian, ada teman untuk berkongsi suka dan duka"..TETAPI adakah hanya itu sahaja yang wujud dalam sebuah perkahwinan?
Banyak lagi yang mungkin tak terlintas dalam fikiran kita. Perkahwinan juga adalah mengikat atau menyambung silaturrahim antara dua buah keluarga. Jika kita nak berkahwin terlebih dahulu kita kena kenal keluarganya. Mungkin ada yang berkata, "aku nak kawin dengan anaknya bukan dengan mak atau ayahnya.", tetapi tahukah kita, jika anak perempuan yang kita ingin jadikan isteri, ibu bapanya telah menyerahkan AMANAHnya pada kita, kita masih terikat dengan tanggungjawab itu dan tak semudah 'ambil dan pergi' jika ingin mengambil amanah itu daripada ibu bapanya. Begitu juga dengan perempuan yang ingin menjadikan seseorang lelaki sebagai suaminya. Ikatlah tali persaudaraan dengan tali perkahwinan. Keluargamu keluargaku jua dan keluargaku keluargamu jua. Part ni la yang susah, sebab selalunya mesti ada yang terasa dengan keluarga masing-masing. Tasamuh atau bertoleransi itu penting. Fahamilah pasangan masing-masing.

Perkahwinan juga adalah perkongsian hidup antara dua individu. Bukan senang untuk berkongsi kehidupan kita dengan orang lain. Ditambah pula orang itu adalah yang berlainan jantina dengan kita. Tidur kena berkongsi katil dengan suami/isteri kita, kena berkongsi segala-galanya, almari, pinggan mangkuk dll. Lagi bertambah sukar bagi yang tak biasa berkongsi barang dengan orang lain sama ada adik beradik mahupun teman sebilik di asrama. Berkongsi suka dan duka, masalah dengan pasangan akan meringankan bebanan dan tekanan masing-masing. Hanya suami akan memahami siapa isterinya dan hanya isteri yang memahami siapa suaminya. Inilah rahmat Allah s.w.t ke atas hambanya.  Selain daripada itu, banyak lagilah sebab mengapa kita mahu berkahwin yang mana kita semua dah tahu. Contohnya, sebagai penyambung generasi dan umat Nabi Muhammad s.a.w, kerana keluasan rezeki dan rahmat Allah dan sebagainya.


JADI, BETULKAH KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK PUNYA PASANGAN HIDUP?? ^_^ wallahua'lam..