Saturday, December 18, 2010

Indahnya Islam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat penghuni alam maya,

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan update blog walaupun sekejap je..
satu cerita nak kongsi bersama sahabat alam maya, diri ini ada seorang sahabat, namanya siti (bukan nama sebenar). Dia sering merungut dan mengadu pada diri ini, apabila pergi jalan-jalan kat bandar dan masuk tandas awam, katanya "apalah tandas awam ni, asal masuk je mesti ada yang takde kepala paip pastu lock pintu takde, kotor pulak tu, menyusahkan betul..ish"..
apabila baca newspaper pulak katanya, "apalah manusia zaman sekarang ni, ada je yang mati kena bunuh, kena rompak, kena rogol dan macam-macam lagi, kadang-kadang manusia ni macam dah hilang akal, buat sesuatu tanpa fikir panjang..ish"..

Begitulah realitinya kehidupan sekarang, anda mungkin berpendapat sama dengan Siti, masyarakat kita seolah-olah makin hilang tamadunnya. Ini kerana, tamadun itu sendiri membawa maksud 'tinggi budi bahasa' atau 'pembukaan bandar'. Tamadun meliputi perkembangan lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun merupakan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Maka aspek ini makin hilang dalam diri sesebuah masyarakat maka makin mundurlah tamadunnya.

Oleh itu wajarlah kita semak balik dan koreksi diri masing-masing. Fikir sedalam-dalamnya punca dan faktor terjadinya keburukan dan kerosakan akhlak dalam kalangan masyarakat kita. Mungkin ada yang menyalahkan institusi kekeluargaan yang bermasalah atau mungkin ada yang mengatakan pengaruh rakan sebaya dan macam-macam lagi yang mungkin boleh dikaitkan dengan masalah tersebut.

Allah, iaitu Tuhan dan pencipta alam ini dan seluruh isinya telah mengutuskan nabi Adam a.s sebagai khalifahnya (penggantinya untuk mentadbir bumi-surah al-Baqarah:30) dan sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w, membawa agama Islam sebagai ad-deen iaitu not only as a religion but it is the way of life dan sebagai petunjuk untuk umat manusia.

Islam mengajar dan mendidik kita daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Dari sudut akhlak umpamanya, nak makan kena basuh tangan dulu, pastu baca doa sebelum makan, makan dengan menggunakan tangan kanan, makan dengan perlahan-lahan, kemudian, selesai makan baca doa selepas makan. Nak masuk tandas pun ada cara dan adabnya juga. Banyak lagi cara dan adab yang Islam ajar kita supaya kita dapat menjadi seorang yang berdisiplin dan berakhlak. Begitu juga dalam mualamat, pergaulan antara lelaki dan perempuan juga ada batasnya. Bagaimana cara seseorang menjaga diri mereka daripada terjebak dengan maksiat dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan (surah an-Nur: 30-33).


Hayatilah Islam kerana agamanya, bukan kerana penganutnya. Hal ini kerana, tak semua penganutnya yang benar-benar memahami Islam dengan sebenar-benarnya tapi hanya taqlid atau menurut agama ibubapanya sahaja, mereka tak pernah nak belajar serta mengamalkan ajaran Islam itu sendiri dalam kehidupan mereka.
Dengan mendalami Islam yang sebenar melalui sumber yang benar, nescaya anda akan merasai betapa indahnya Islam..^_^

setakat ni dululah, hmm..nak makan dulu, hehe..lapar la plop..
to be continue for another topics~

No comments:

Post a Comment