Thursday, May 6, 2010

Bercinta??? Boleh ker??


Bukankah ada pepatah menyebut; ikut hati mati, ikut rasa binasa? Jika kita benar2 seorang Muslim, kita perlu mengikut hukum al-Quran dan hadis nabi. Hanya Allah dan nabi sahaja yang dapat memberikan keputusan yang betul, kita semua ini belum tentu lagi dapat menghukum dengan betul. Baiklah, Allah berfirman:

"Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji dan mengundang kemurkaan Allah serta seburuk-buruk jalan."

Allah melarang dengan lafaz 'jangan kamu hampiri zina', ini bererti sebarang perbuatan yang menghampiri zina seperti lelaki dan perempuan yang berkenalan atas tujuan yang tidak pasti, saling pandang memandang, berbual, dating. Apatah lagi jika berpegang tangan dan bersentuhan. Semua itu adalah perbuatan yang dilarang di dalam agama.

"Jika begitu, memang tidak bolehlah kita bercinta?"

Siapa kata tidak boleh? Bercinta di dalam Islam memang dibenarkan. Bahkan perasaan cinta ini adalah fitrah manusia dan ia perlu disuburkan selalu.

"Tadi tidak boleh, sekarang boleh pula. Kelirulah.."

Begini, Profesor Abdullah Nasih Ulwan iaitu ulama besar dalam dunia Islam masa kini pernah menulis di dalam bukunya bertajuk Cinta. Dia membahagikan cinta manusi kepada tiga kategori. Pertama, cinta kepada Allah dan rasul, Ini adalah cinta yang mulia. Kedua, cinta sesama manusia, Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada isteri dan anak-anak. Cinta ini adalah cinta biasa. Ia dibenarkan dalam agama. Ketiga, cinta nafsu iaitu cinta yang tidak dilandaskan oleh syariat. Ia semata-mata berpaksikan nafsu haiwan. Ini adalah cinta yang paling keji. Ia dilarang sama sekali di dalam agama.

Jika ingin bercinta, lihat dahulu dengan siapa kita ingin bercinta. Kemudian, lihat pula caranya. Bercinta antara teruna dan dara dibolehkan di dalam Islam dengan mengikut batas2 syariat. Ini kerana cinta teruna dan dara medah dipesongkan oleh nafsu. Demi mengawalnya, seseorang teruna atau dara yang ingin bercinta perlu jelas tentang hukum syariat berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi. Jika dia seorang yang jahil, pasti dia akan melanggar batas syariat.
"Kalau macam itu, susahlah mahu barcinta teruna dan dara.."

Memang susah. Tetapi jika kita bercinta dan dalam masa yang sama dapat menjaga batas2 nya, insya-ALLAH kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Dengan pahala itu kita dapat menukarnya dengan Syurga Allah. Mahu dapatkan Syurga bukan mudah. Jika kamu mahu menjadi seseorang, kamu perlu mendalami ilmu agama. Jika kamu ingin bercinta, kamu perlu tegas dalam persoalan hukum. Jika iman tidak kuat, jangan cuba bercinta. Ibarat kata, jangan bermain api jika takut terbakar.
"hmm...baru faham..."

Tuesday, April 27, 2010

Insyirah..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

p/s: sekadar perkongsian, moga ada ibrah yang dapat dikutip bersama
hidup ini adlh 1 p'jlanan. ada ketika kt t'jatuh tp masih mampu bangun dan trus b'jln. ada ms kt t'jatuh,mengalami kecederaan yg serius shgga kt x mampu u bangun lg. namun, p'jlnan perlu d truskan jg hgga tb ke tmpat istirehat y kekal abadi skalipun t'paksa merangkak u tb ke garisan
penamat.

Tuesday, March 30, 2010


salam 'alaik..

Alhamdulillah..walaupun di tengah ramai manusia yang lalai, bergelumang dengan dosa dan maksiat, Allah masih sayang kepada kita dengan diberNYA nikmat Iman dan Islam dalam diri kita..moga ianya berkekalan..Amiin.

Tengok tak rancangan 'Fenomena Seni bersama Rosyam Nor' kat tv1 hari sabtu yang lepas? antara artis yang dijemput sebagai tetamu adalah Wardina. Topik yang dibincang adalah 'artis sebagai ikon'. Saya rasa bangga dengan Wardina kerana dia dengan beraninya mempertahankan diri apabila dihujani dengan pelbagai kemarahan dalam kalangan artis baru-baru ini.
Dalam rancangan tersebut Wardina dengan yakinnya mengatakan bahawa artis tak layak langsung untuk dijadikan sebagai ikon. Beliau memberitahu kebenaran disebalik dunia glamor sebenar artis yang mana bukannya indah dan baik belaka. Beliau menyeru supaya artis berubah.

Syabas Wardina!!! bila artis ditegur oleh artis juga mungkin barulah para artis ni sedar... Alhamdulillah, moga hasrat Wardina yang mana disokong oleh majoriti masyarakat kita disambut baik oleh para artis. Ini secara tidak langsung dapat menyelamatkan para muda mudi serta remaja dari terus ingin menjadi artis dan menceburi bidang tersebut yang mana semua tahu akibat jika terjebak dengan dunia hiburan ni..

Bangkit!!Bangkit!!!

Friday, November 27, 2009

Apabila kita merasa senang, kita selalu melupai DIA
Namun apabila kita dalam kesusahan dan ditimpa musibah
barulah diri mencari-cari DIA...
Siapa DIA???

Sedarkah kita bahawa DIA sentiasa di samping kita
sangat hampir dengan kita,
namun kita selalu lupa dan tidak sedar akan kehadiran DIA..

Kadang-kadang bila susah pun
kita masih lagi mencari selain daripada DIA
mengadu pada bukan yang sepatutnya..

DIA ialah ALLAH..
ALLAH yang Maha Mendengar,
ALLAH yang Maha Melihat,
ALLAh yang sentiasa menunggu rintihan dan pengaduan kita..
Mengadulah pada SI DIA!!

Monday, September 14, 2009

Salam Ramadhan Kareem...

pejam celik pejam celik kita dah berada di sepuluh hari terakhir Ramadhan..
dah masuk fasa ke3 yakni fasa terakhir yang mana Allah menjanjikan pembebasan drp api neraka kpd hamba2-Nya yang berbual amal pada waktu ini..
CEPAT!!! sahabat2 semua...kita dah xde banyak masa dh ni utk mengejar rahmat & pemberian Allah yg teristimewa ni..yg mana xde pd bulan2 lain selain drp bulan RAMADHAN..
Bangkit shbat2 semua!!!..mari kita sama2 cari malam yg mana lebih baik drp seribu bulan, LAILATULQADAR..
Jangan mengalah...kita dh berada peringkat final dh ni..tunggu nak menang dan dpt anugerah drp Allah je..belum tentu lg tahun depan kita masih diberi kesempatan utk masuk 'gelanggang RAMADHAN' dan 'bertanding' utk mendpt anugerah ALLAH yg teristimewa.. jadi sama2lh kita mengambil peluang yg masih ada ini utk bersungguh2 dan buat yg terbaik!!!
salam ramadhan buat sahabat2..

Sunday, August 9, 2009

ISTIGHFAR KEPADA ALLAH S.W.T.

salam 'alaik...
sahabat2ku sekalian....
cuba kita sume muhasabah balik diri kita, berapa kali kita beristighfar kpd Allah setiap hari?????
ana sendiri agak2nye bleh kira ngan jari je..
mcm mana ni? kita sbg pejuang agama Allah nak istighfar byk ckit pun berat mulut..
apatah lg ingatkn Allah dlm hati kita!!!

Ketahuilah sahabatku,
ISTIGHFAR, kalimat yg sgt pendek, tapi
memiliki makna yg sgt dahsyat, sgt dalam,
sgt indah dalam hidup kita.
ISTIGHFAR memiliki 2 makna..

PERTAMA, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim,
bererti kita minta ampun kpd Allah, minta ditutupi aib2 kita.
Semakin kerap kita beristighfar maka semkin bersih diri kita
drp dosa, kesalahan, dll...
Kerana Allah sgt menyukai hamba Allah yg terus beristighfar.
Kerana tidak satu pun antara kita bersih drp dosa,
maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita,
agar Allah mengampuni dosa kita,
memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

KEDUA, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim,
bererti kita minta kpd Allah,
mohon kpd Allah, amat sgt,
agar Allah memperbaiki hidup kita menguatkan akidah kita,
memberi kita nikmat dlm ibadah khusyuk,
menjadikan akhlak kita mulia...

sekadar tazkiatul nafsi buat ana sendiri & sahabat2 sume...
sama2lah kita memperbykkan zikrullah & istighfar :)

Friday, July 10, 2009

Bismillah..

Salam buat sahabat2 sume..

Pernah x sahabat2 dgr hadith rasulullah s.a.w. yg berbunyi,

Sabda baginda"sesiapa yg lebih dia kasihi, lebih byk drpnya mengingatinya"

cuba sahabat2 sume pk ape maksud hadith ni..

siapa yg paling kita ingat setiap masa & saat?

kekasih?sahabat2?ibubapa?


di mana kita letak ingatan kita pd Allah? di mana kita letak ingatan kita pd rasulullah s.a.w, pemberi syafaat pd kita di mahsyar nanti?

Tepuk dada tanyelah iman kita sume..


banyak cara kita nak mengingati Allah antaranya, melalui iktikad dlm hati, lisan, & perbuatan kita seharian..

Iktikad yakni kita sentiasa ingat kpd Allah dlm segenap perkara yg kita lakukan..hati sentiasa berzikir kpd Allah walaupun mulut tak berzikir kpd Allah..

malalui lisan seperti yg kita semua tahu dgn berzikir serta melagukan kalam Allah & berkata2 dgn perkataan yg baik..

seterusnya melalui perbuatan, dlm setiap perbuatan amalan yg kita lakukan adalah kerana Allah..jadikan ihsan sebagai teras disebalik setiap amalan yg kita lakukan, di mana kita merasakan Allah melihat semua perbuatan yg kita lakukan..


fikir2knlah sahabat sekalian..setakat ni dulu buat mase ni..wallahu'alam:)