Saturday, May 23, 2009


Bismillah..


Hari ni nak citer pasal Dosa Melanggar Syari'atullah dan Sunnatullah...


Selalunya apa yg bermain dlm fikiran kita apabila bencana alam spt banjir besar, tanah runtuh, tsunami dll berlaku sama ada kt negara kita sendiri ataupun negara2 lain?Musibah?Tuhan murka?atau ianya sekadar fenomena biasa?


apabila ia terjadi, ramai la pakar2 sains akan mengkaji ttg kajadian tersebut..kata mereka ia adalah ia disebabkan hukum alam 'law of nature' yg telah dilanggar oleh manusia. Sbg contoh, manusia yg melakukan kerosakkan dgn menebang hutan secara melampau akn menyebabkan tanah runtuh dan sbgnye..


Dalam Islam, 'law of nature' ini dikenali sbg sunnatullah dan hakikatnya hukum ini adalah HUKUM ALLAH kerana ia ditetapkan oleh Allah utk mengatur alam ini. Jika hukum ini dilanggar, nantikanlah padahnya..Manusia dikurniakan ILMU AKAL utk memahami hukum ini dan berfikir ttg hikmah di sebalik semua itu berlaku. Jangan sekali-kali melanggarnya...

Namun firman Allah dlm surah ar-Rum, ayat36-37 yg bermaksud: "Apabila Kami berikan kpd manusia suatu rahmat, mereka bergembira dgnnya. Dan apabila bahaya menimpa mereka lantaran perbuatan mereka sendiri, lalu mereka berputus asa. Apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya Allah melimpahkan rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya dan Dia yang membatasi (bagi siapa yg Dia kehendaki). sungguh pada yg demikian itu benar2 terdapat tanda2(kebesaran Allah) bagi kaum yg beriman."

Berbeza pula dgn pendapat atau pandangan ahli2 agama, menurut mereka, Allah 'berbicara' dgn manusia melalui 3 cara. Pertama, melalui ayat maqruah (ayat al-Quran) yg mengandungi hukum Syari'atullah (kalamullah yg diturunkan kpd para Rasul khususnya Nabi Muhammad s.a.w. ). Kedua, melalui ayat manzurah (kejadian dan penciptaan alam nyata) yg mengandungi hukum Sunnatullah. Ketiga, Tuhan 'berbicara'melalui ayyamullah (hari2 Allah) yakni kejadian dan peristiwa yg memaparkan Qada dan Qadar-Nya.

Menurut ahli agama, bencana alam boleh berlaku apabila manusia melanggar perintah Allah, Syari'atullah atau melakukan yg diharamkan. Byk yg Allah kisahkan bagaimana kaum2 terdahulu yg tlh dihancurkan kesan atau impak dosa2 mereka..antaranya dlm surah al-Ankabut ayat 40. Bencana spt Tsunami, banjir dan kemarau hakikatnya adalah Ayyamullah (peristiwa dan kejadian) yakni 'bicara' Allah yg mengandungi nilai didikan kpd manusia. Andai itu dpt difahami, dihayati dan dijadikan panduan , maka hidup manusia pasti akan lebih tenang dan terarah. Jadi bencana alam bukanlah fenomena alam biasa spt anggapan sesetengah pihak.

Tidak seorang pun yg sukakan bencana alam. Namun tidak seorang pun yg dpt menghalangnya drp berlaku. Manusia boleh meramalnya melalui penggunaan sains dan teknologi tetapi tidak dpt mengelak drpnya..Ia dtg tiba2. Bukan hanya bencana alam malah malapetaka lain spt berlakunya penyakit2 kronik spt AIDS, wabak selsema burung dan babi, kemiskinan, kezaliman dll..semuanya adalah akibat dosa2 manusia lakukan..Ia merupakan 'mesej' drp Allah sw.t. agar manusia insaf akan kelemahan, kemungkaran dan kejahilannya.

Hadith, sabda Rasulullah: "Hai glgn Muhajirin, ada lima perkara jika terjadi kpd glgn kamu, maka aku berlindung kpd Allah bila hal itu terjadi kpd kamu - bila satu kaum melakukan perzinaan secara terang-terangan maka mereka akan diserang oleh penyakit yg belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka. Bila mereka mengurangi timbangan dan takaran, mereka akan dihukum dgn kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa. Setiap mereka yg enggan membayar zakat, mereka akan terhalang beroleh hujan drp langit. Dan kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternakan tidaklah akan diturunkn hujan. Setiap mereka yg melanggar janji Allah dan Rasulnya, maka mereka akn dijajah oleh musuh drp bangsa lain, yg akan merampas sebahagian drp harta mereka. Dan selama para pemimpin tidak menjalankan hukum2 yg terdpt dlm kitabullah, maka sengketa akan berlaku sesama mereka." (riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

Cegahlah dengan iman dan takwa..ini kerana bencana yg berlaku bukanlah satu perkara yg berkait dgn soal2 fizikal dan material semata-mata tetapi ia juga melibatkan soal2 dalaman manusia spt iman, amal ibadah, akhlak (taat atau derhakanya manusia kpd Allah s.w.t.). Oleh itu, janganlah sekali-kali kita lupa utk bermuhasabah (secara individu atau kumpulan) ttg hubungan rohani kita dgn Allah yakni berkait dgn dosa dan pahala, ma'ruf dan mungkar, taat dan derhaka kita kpd Allah s.w.t..

Dan tidak ada satu kemungkaran yg dilakukan secara terang-terangan, secara beramai-ramai, tanpa pencegahan drp ulama2 -melainkan pasti Allah timpakan azab seksa-Nya sbg mehnah (didikan Allah secara langsung).

Sama-samalah kita muhasabah balik diri kita, dari segi hubungan kita dgn Allah, manusia serta makhluk dan ciptaan Allah yg lain..sama ada kita berlaku adil dan baik ataupun sebaliknya.
Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment