Saturday, May 23, 2009

Hari yang indah

Terasa indah hari-hari yg dimulai dgn menyebut nama ALLAH..
Terjaga dr mimpi indah, terus m'baca doa bgn tidur.kemudian menuju ke bilik kecil dan sesudah menyucikan diri,terus mengambil wudhuk...jam di dinding menunjukkan pukul 4 pagi. Alhamdulillah kerana dikejutkan oleh Al-Khaliq yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Dan kini diberi peluang utk 'berbicara' dgn Nya di waktu insan lain sdg asyik diulik dan dibuai mimpi-mimpi indah...

Sebelum diri sendiri berada di alam mimpi (sblm tido), hati ini sgt gelisah memikirkan byk perkara termsuk perkara duniawi yg sentiasa membuatkan setiap insan di muka bumi ALLAH ini dlm keadaan keluh kesah..AMANAH..STUDY..EXAM..FAMILY..SAHABAT..semua berpusing dan berputar di dlm minda insan yg kerdil ini.

Di harap peluang yg diberikan kpd diri ini utk bermunajat kpdNya dpt digunakan utk MENGADU..MERAYU dan MEMOHON kpdNya agar di berikan HIDAYAH dan TAUFIK..agar hati ini bisa tenang dan jernih kembali seperti air di sungai yg mengalir tenang. Jauhkanlah hati ini dr menjadi ombak yg sentiasa bergelora di laut.

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG

YA ALLAH YG MAHA AGUNG...

Diri ini amat kerdil di hadapan Mu...
Apa yg harus diri ini lakukan...
DUGAAN dan UJIAN dtg tak surut-surut...
Kadang-kadang hati ini tidak mampu utk menanggung semuanya.
apakah ini kifarat bg dosa-dosa yg tlh dilakukan SEMALAM...
atau sebagai ujian ke atas hamba Mu ini...

Walaupn ianya dipandang kecil oleh insan lain,
namun ianya amat besar bg diri yg lemah ini.
Jika orang lain bisa menghadapinya,
tapi diri ini tak dapat berbuat apa-apa tanpa PERTOLONGAN dan HIDAYAH dr Mu...

Hanya KEREDHAAN MU yg diharapkan dlm setiap apa yg dilakukan.
Andai ianya TANPA REDHA MU...bermakna ia tidak membawa apa-apa erti..
bahkan hanya sia-sia shj...

YA ALLAH...
Bantulah diri ini yg sntiasa mengharap akan pertolongan Mu.

YA ALLAH...
'Besarkanlah' iman dlm diri ini agr dpt m'hadapi segala ujian Mu dgn tenang,
dan sntiasa mengingati Mu walau di mana-mana..bila-bila masa..pelbagai keadaan..
dan bkn hanya ketika menghadapi kesusahan dan musibah shj.
Kerana diri ini tahu bhw setiap yg bernyawa pasti menghadapi detik kematian yg tidak tahu bila ianya akan dtg menjemput diri ini..

Andai ketentuan Mu itu telah smpai,
AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA DIRIKU INI..
tempatkanlah diri ini di tmpt yg Engkau berkati..
Bersama org-org yg Engkau redhai...

Amiin....

Tenang hati ini setelah meluahkan segala masalah serta mengadu kpd YG AMAT MENGASIHI DAN PALING MENYAYANGI setiap hamba Nya yakni ALLAH YANG MAHA MENDENGAR.
Alhamdulillah...selesai solat Subuh, bersiap sedia utk meneruskan rutin harian di rumah.
Dalam hati kecil ini, diri ini amat BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH pd ALLAH krn amat menyayangi diri ini dan diberi peluang utk diri ini berbuat kebaikan pd hari ini...

ALHAMDULILLAH YA ALLAH...indah sungguh diri ini rasakan pd hari ini.. SEGALANYA BERMULA DGN MENYEBUT NAMA MU YA ALLAH....

No comments:

Post a Comment