Monday, May 25, 2009


Duhai sahabat,
Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang luas, kita ibarat kapal yang berlayar di atasnya, jika bekalan kita adalah iman dan taqwa maka kita akan terselamat daripada segala tipudaya yang mendatang…dan kita takkan karam di lautan dunia yang fana ini…

Ingatlah wahai sahabatku bahawa kita adalah hamba Allah, segala apa yang kita miliki sebenarnya adalah milik-Nya yang Esa. Apa yang kita miliki termasuklah diri kita, keluarga kita, harta benda yang kita miliki, rakan-rakan kita dan segala-segalanya adalah hak Allah, kita hanya diamanahkan untuk menjaganya sebaik mungkin dan mengikut syariat-Nya. Persoalannya, adakah kita membuat apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang?

Ingatlah wahai sahabatku, kita hidup hanya sekali di dunia ini dan kematian datang tak kira masa. Firman Allah: “Apabila ajalnya datang, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkannya walau sesaat pun” (Al-A’raf 7:34). Ramai yang apabila di tanya sama ada nak pilih untuk ke neraka atau ke syurga, mereka akan menjawab Syurga. Adakah sudah cukup amalan kita selama ini untuk mendapat Syurga Allah yang Agung?

Cuba kita muhasabah diri kita, walaupun sudah cukup kita solat lima kali sehari semalam tapi adakah ianya memadai sedangkan solat yang kita lakukan setiap hari itu di penghujung waktunya? Bagaimana pula kekhusyukan solat kita, adalah sudah sempurna? Ibarat kita nak beli tiket untuk menonton wayang yang sangat kita minati, sudah tentu kita nak belinya cepat-cepat sebab takut tiket tu habis dan kita terlepas untuk menontonnya dan kita juga berharap kita orang first yang menonton filem tersebut serta sangat teruja untuk menontonnya. Jadi, apa salahnya kita lakukan benda yang sama pada situasi yang berbeza. Iaitu kita rasa sangat teruja untuk 'BERINTERAKSI' bersama Allah melalui solat, rasa nak cepat-cepat tunaikan solat sebab takut terlepas peluang untuk menjadi orang pertama yang 'BERINTERAKSI' dengan Allah dan ianya semestinya dilakukan di awal waktu solat dan bukan di penghujung waktunya…

Selain itu, dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa ketika nabi s.a.w. duduk bersama para sahabat di dalam satu majlis ilmu, tiba-tiba ada seorang sahabat telah bangun dan terus keluar tanpa meminta izin daripada nabi s.a.w.. Melihat kejadian tersebut, para sahabat yang lain terus bercakap-cakap sesama mereka tentang perbuatan si sahabat tadi. Maka nabi bersabda kepada para sahabat: “sesungguhnya kamu sedang memakan daging saudara kamu sendiri(mengumpat)”. Cuba kita bayangkan, para sahabat hanya bercakap sedikit sahaja tentang sahabat yang keluar tersebut di belakangnya dan tanpa pengetahuannya sudahpun dianggap sedemikian, apatah lagi kita sekarang ini.

Sebenarnya, apabila kita bercerita tentang seseorang sama ada tentang perkara baik bahkan yang buruk yang tanpa pengetahuan mereka boleh dikira sebagai mengumpat melainkan ianya untuk nasihat dan sebagainya. Tapi kalau ianya tanpa sebab atau saja-saja dibimbangi akan jatuh dosa mengumpat atas diri kita dan segala pahala amalan kita semuanya akan disedekahkan kepadanya. Adakah kita mahu beri sesuatu yang kita usahakan selama ini kepada orang lain begitu saja dan kita tiada apa-apa lagi melainkan dosa yang semakin banyak?

Oleh itu sahabatku, marilah kita sama-sama renungi sejauh mana amalan kita selama ini…jika ada yang salah sama-samalah kita perbetulkan dan bertaubat kepada Allah kerana segala yang baik datangnya drp Allah dan yang buruk itu drp kelemahan diri tapi semuanya adalah drp Allah..
wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment